Sekadar gambar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai akibat didera oleh ibu dan bapa tirinya di sebuah rumah yang terletak di daerah Kubang Pasu, Kedah.
Usus mangsa pecah
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua suspek yang berusia 26 dan 22 tahun itu telah ditahan selepas pihak polis menerima maklumat dari Hospital Jitra (HJ) berkaitan kematian kanak-kanak terbabit. Menurut Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, hasil laporan bedah siasat mendapati usus kanak-kanak malang itu pecah kemungkinan akibat dipijak atau sebagainya.
Bukan itu sahaja, polis juga yakin kecederaan serta kesan lebam yang dialami mangsa terdapat elemen penderaan yang boleh mengakibatkan kematian. Pihaknya juga percaya terdapat unsur tekanan pada badan mangsa.
Hasil laporan doktor mendapati usus kanak-kanak itu pecah dan jika dilihat pada badannya mempunyai kesan pukulan serta kecederaan di belakang dan hadapan.
Mangsa merupakan anak bongsu
Sekadar gambar hiasan
Susulan daripada itu, kedua-dua suspek yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan direman selama tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan.
Hasil ujian air kencing mendapati kedua-duanya negatif namun hasil pemeriksaan mendapati suspek wanita mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah manakala lelaki itu tiada rekod sebelum ini.
Kedua-dua suspek membuat pengakuan pernah memukul kanak-kanak itu tetapi tahap mana pukulan yang dilakukan belum dapat dipastikan lagi kerana kanak-kanak itu masih kecil yang boleh menyebabkan kematian.
Menurut sumber, ibu dan bapa tiri suspek dipercayai baru berkahwin antara tiga hingga empat tahun lalu. Suspek wanita tidak bekerja manakala suaminya bekerja sebagai peniaga air.
Wanita ini mempunyai dua lagi anak berusia empat dan enam tahun. Mangsa dipercayai anak bongsunya.