Foto: Harian Metro
Seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas terkena 60 sengatan di seluruh bahagian badan di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu pada Ahad.
Terdengar jeritan anak
Foto: Harian Metro
Kejadian malang itu berlaku di hadapan rumah ketika tiga beradik Eidrish Mohd Khalid, 5, Nur Aiyris Dania, 7, dan Nur Adelya, 10, sedang bermain di sebuah padang sebelum terkena sengatan tebuan yang dipercayai bersarang di pelantar jeti terbiar berdekatan.
Menurut bapa mangsa, Mohd. Khalid Omar, 40, ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang bersiap untuk pulang ke Ipoh sebelum dikejutkan dengan kejadian berkenaan.
Sebaik mendengar jeritan Adelya, saya terus berlari ke tempat kejadian dan melihat Eidrish sudah terbaring di tanah dengan tebuan penuh satu badan.
Ketika saya mendukungnya naik ke rumah, dia (Eidrish) masih bernyawa, tetapi sangat lemah dan kaku tidak menjerit atau menangis,
Eidrish disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 11.20 malam kelmarin dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir, di sini kira-kira 10 pagi pada Isnin.
Selain Eidrish, Mohd Khalid berkata dia serta dua anaknya, Nur Adelya Qaisara serta Nur Aiyris Dania, 7, turut terkena sengatan.
Redha pemergian anak
Foto: Harian Metro
Mohd Khalil turut menerima rawatan di hospital selepas terkena sengatan tebuan ketika cuba menyelamatkan arwah anaknya.
Saya pula sepatutnya dirawat di wad kerana terkena hampir 20 sengatan, tetapi terpaksa pulang untuk menguruskan pengebumian Eidrish kira-kira 10 pagi tadi.
Saya tidak sangka berlaku kejadian menyedihkan pada percutian kali ini, namun saya reda dengan apa yang berlaku.
Tidak sepatutnya rangka pelantar jeti ditinggalkan di kawasan padang permainan kerana ia boleh menjadi habitat pelbagai haiwan berbisa.
Tambah Mohd Khalil, dia berharap pihak berwajib seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan sebelum nyawa lain terkorban.
Sumber: Harian Metro