berita

Kanak-Kanak Cantik Muka Kacukan Jual Tisu Raih Perhatian, Bila Ditanya…

December 9th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di saat kanak-kanak lain sedang berlari menikmati waktu terluang, namun tidak bagi seorang kanak-kanak perempuan di Indonesia yang terpaksa membantu ibu bapanya menjual tisu. Video tersebut telah dirakam oleh seorang pengguna aplikasi TikTok yang dikenali sebagai Khartikasari22.

Kecantikan curi tumpuan

Menerusi video TikTok yang berdurasi 36 saat itu, menceritakan dia terjumpa seorang kanak-kanak perempuan yang menjual tisu di Jakarta Selatan, bagi membantu ibu bapanya. Paling menyedihkan, apabila kanak-kanak itu terpaksa tidur di tepi jalan.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah wajah kanak-kanak itu, yang seperti anak kacukan orang luar. Wanita tersebut turut menceritakan, kanak-kanak itu menjual tisu dari pagi hingga malam dan pakaian yang dipakai olehnya agak lusuh. Kegigihan kanak-kanak itu turut dipuji kerana sanggup membantu ibu bapanya.

Nak hantar ke sekolah

Foto: Today Line

Memetik laporan Today Linekanak-kanak tersebut dipercayai diasuh oleh seorang wanita muda yang dipercayai merupakan ibunya. Difahamkan, kanak-kanak tersebut tinggal di daerah Fatmawati, Jakarta Selatan. Khartikasari22 ketika ditemu bual, menyatakan dia mahu menjaga dan menghantar kanak-kanak itu ke sekolah. Tidak berakhir di situ, rupa-rupanya ramai yang menginginkan untuk mengambil kanak-kanak perempuan itu sebagai anak angkat mereka. Namun, permintaan tersebut ditolak oleh ibunya.

Jelasnya lagi, dia risau jika kanak-kanak itu menjadi mangsa kerakusan individu yang tidak bertanggungjawab.

Saya nak jaga dan hantar ke sekolah, sayanglah muka cantik, tapi tidur di jalanan, takut orang buat benda yang tidak baik.

Sumber: Khartikasari22 & Today Line

SKIP THIS AD ×