Rabu lepas kerajaan telah melancarkan tabung harapan Malaysia sebagai inisiatif untuk membantu kerajaan melunaskan hutang negara. Sejak ia dilancarkan, kerajaan telah menerima kira-kira RM31 juta dan perkara itu telah disahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Komtar baru-baru ini.
Selain rakyat Malaysia yang prihatin, tular di sosial media apabila seorang kanak-kanak turut menyumbang wang simpanannya demi meringankan beban negara. Tetapi tindakannya telah mendapat respon dari pelbagai pihak. Ada yang setuju dan ada juga disebaliknya. Apa pendapat anda?
Contoh terbaik, ramai puji kerana ada sifat tanggungjawab
Seorang individu telah memuat naik beberapa foto menunjukkan seorang kanak-kanak dengan baik hati menderma duit simpanannya ke tabung harapan Malaysia. Sebagai rakyat prihatin, dia juga ingin memberi sumbangan demi membantu kerajaan melangsaikan hutang negara. Tetapi, wajar atau tidak tindakan kanak-kanak ini?
Lihat respon orang ramai di bawah;
Tapi.. Kanak-kanak ini masih kecil?
Masa depan negara belum tahu bagaimana, lebih baik sediakan duit secukupnya?
Sumber: Twitter