Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun di Malang, Indonesia menjadi mangsa penderaan dan dikurung oleh keluarganya.
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Makan Rambutan Bersepah, Kanak-Kanak Diseterika Di Perut & Belakang Badan
Artikel Berkaitan: Tak Suka Dengar Tangisan Bayi, Bapa Bunuh Lima Anak Dalam Tempoh 10 Tahun
Artikel Berkaitan: Didera & Dicampak Ke Lantai, Pelakon Cilik Dibunuh & Mayat Dibakar Bapa Kandung
Berjaya larikan diri
Menerusi laporan Tribun News, mangsa yang mengalami kecedaraan di badan, telah berjaya melarikan diri dari rumah dan terus melaporkan kejadian itu kepada jirannya.
Penduduk kawasan tersebut telah membuat laporan polis pada Selasa lepas. Menurut Ketua Polis Komisioner Danang Yudanto berkata, lima orang suspek iaitu bapa kandung mangsa, ibu tiri, kakak tiri, nenek tiri dan juga bapa saudara tiri mangsa telah ditahan.
Beberapa bahan bukti untuk kes penderaan tersebut seperti penyapu, kuali elektrik, pisau pemotong dan cincin batu akik telah dirampas oleh pihak polis.
Tambah Danang Yudanto, kesemua suspek mempunyai peranan tersendiri dalam kes penderaan itu.
Mangsa telah dipukul, dipaksa untuk memasukkan tangan ke dalam air panas, malah mangsa juga dikurung dan tidak diberikan makanan kepadanya.
Disebabkan kejadian itu, mangsa telah dibawa ke Hospital Saiful Anwar untuk menerima rawatan perubatan dan rawatan trauma psikologi.
Sumber: Tribun News