berita

‘Berat Badan Semakin Naik’ – Ayah Luah Rasa Syukur Anak Dihempap Peti Ais Kembali Sihat

April 7th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini, seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang dikenali sebagai Muhammad Fawwaz dilaporkan parah selepas ditimpa peti ais di rumahnya di Taman Cempaka, Nilai pada 12 Julai lalu. Terbaru, bapa kepada kanak-kanak itu melaporkan anaknya kini sudah menunjukkan perkembangan positif setiap hari.

Pergerakan tangan dan kaki semakin aktif

Syukur Alhamdulillah. Tahap kesihatan anakanda Muhammad Fawwaz Adli semakin menunjukkan perkembangan yang positif dari hari ke hari. Pergerakkan anggota tangan dan kaki juga dah semakin aktif. Tak ada lagi kekejangan, sembelit dan muntah-muntah.Berat badan pun semakin naik. Semoga ada sinar untuk fawwaz sembuh dan kembali sihat seperti dulu. Adik-adik dan rindu nk main-main dengan along Fawwaz.

Menurut Mohd Bukhari, tahap kesihatan anaknya Muhammad Fawwaz semakin menunjukkan perkembangan yang positif sejak kejadian ditimpa peti ais tahun lalu. Tambahnya, pergerakan kaki dan tangan anaknya itu semakin aktif. Masalah sembelit, kekejangan dan muntah jika sudah tiada lagi.

Kejadian 11 malam

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11 malam dan bagaimana kejadian tersebut berlaku masih tidak dapat dipastikan. Menurut doktor yang merawat pula, kesan kecederaan yang dialami di bahagian kepala oleh adik Fawwaz mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Kanak-kanak itu perlu mendapatkan penjagaan yang rapi.

Rata-rata netizen turut gembira mendengar berita baik yang dimaklumkan bapa Fawwaz di Facebook. Netizen turut berdoa agar Fawwaz sentiasa kuat dan kembali sihat seperti kanak-kanak lain.

Sumber: Mohd Bukhari & Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×