berita

Kanak-Kanak Istimewa Kongsi Tips ‘Goreng’ Keropok Ikan Guna Microwave, 2 Minit Je Dah Siap!

September 3rd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Setiap kanak-kanak mungkin mempunyai daya kreativiti dan kebolehan berfikir yang berbeza daripada orang dewasa. Daya pemikiran ini lah yang membuat kita berfikir sesuatu perkara diluar kotak.

Terbaru, viral di media sosial seorang kanak-kanak istimewa guna cara kreatif ‘goreng’ keropok ikan pakai microwave sahaja.

‘Goreng’ keropok guna microwave

Pengguna Twitter, Lisaa meluahkan rasa terharu dengan tindakan adiknya yang istimewa ‘menggoreng’ keropok ikan dalam microwave tanpa perlu menggunakan minyak. Situasi itu berlaku secara spontan apabila mereka berdua ingin menggoreng keropok ikan di dapur.

‘Thank you to your adik’

Rata-rata warganet berterima kasih kepada kanak-kanak itu atas tips masakan yang dikongsikan. Mereka turut memuji kecerdikan dan kreativiti yang ada pada kanak-kanak istimewa itu.

Perkongsian ini telah mendapat 6, 700 retweet dan 6, 900 like oleh warga twitter sejak ianya dimuat naikkan.

Sumber: Lisaa

SKIP THIS AD ×