berita

Kanak-Kanak Jadi ‘Hero’ Selamatkan Rakan Daripada Diculik Berhampiran Sekolah

Kanak-Kanak Jadi ‘Hero’ Selamatkan Rakan Daripada Diculik Berhampiran Sekolah

September 27th, 2022
Kini Trending

Kanak-Kanak Jadi ‘Hero’ Selamatkan Rakan Daripada Diculik Berhampiran Sekolah

September 27th, 2022 | by Shahira

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak dianggap ‘hero’ apabila berjaya menyelamatkan rakannya daripada menjadi mangsa culik. Insiden cemas itu dipercayai berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain bola di padang Sekolah Kebangsaan Jeram Landak, Kuala Lipis.

Artikel Berkaitan: Polis Nafi Kes Culik Enam Kanak-Kanak Untuk Penjualan Organ

Artikel Berkaitan: Dua Murid Sekolah Rendah Hampir Diculik Di Luar Pagar Sekolah

Selamatkan kawan jadi mangsa culik

Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor mengesahkan kejadian itu berlaku pada 25 September lalu kira-kira jam 7.15 petang. Menurut sumber, ibu kepada kanak-kanak yang berjaya membantu menggagalkan cubaan itu telah membuat laporan polis pada 26 September.

Berdasarkan keterangan pengadu, mangsa merupakan kawan anaknya dan kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 petang ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain bola sepak di padang sekolah.

Menerusi laporan yang diterima, suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna merah dipercayai datang dari arah bertentangan dan memasang lampu besar. Suspek kemudian memberhentikan kereta yang dinaiki sebelum cuba menarik pergelangan tangan mangsa melalui tingkap kereta.

Suspek dipercayai menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna merah, namun nombor pendaftaran gagal dipastikan.

Anaknya menolong menarik dan merentap tangan kawannya daripada lelaki tersebut sehingga mereka berdua terjatuh ke dalam semak, kereta itu terus memecut meninggalkan tempat tersebut.

Tambahnya Azli Mohd Noor lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik dari penjagaan yang sah dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan iaitu cuba melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya segera melaporkan kepada polis jika ada maklumat atau melihat individu mencurigakan di kawasan kejiranan masing-masing. Sebarang maklumat boleh terus disalurkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di talian 09-3121999.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

SKIP THIS AD ×