berita

Kanak-Kanak Maut Selepas Lompat Dari Tingkat 15 Kerana Enggan Pergi Tuisyen

October 4th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas terjun dari tingkat 15 bangunan pangsapurinya kerana tidak mahu pergi tuisyen.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 14 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 12

Artikel Berkaitan: Wanita Separuh Bogel Jatuh Dari Tingkat 7, Teman Lelaki Didakwa Pegang Kaki Mangsa Dalam Keadaan Terbalik

Artikel Berkaitan: Ngeri! Tukang Cuci Maut Jatuh Tingkat 29, Kepala Putus

Tak mahu pergi tuisyen

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Ary News, kejadian itu berlaku di kawasan Nallagandla, India, dimana kanak-kanak tersebut didakwa membunuh diri kerana enggan pergi tuisyen.

Kanak-kanak itu adalah pelajar kelas 6 dan bersekolah di Tellapur. Difahamkan, ibu bapanya telah mendaftarkan tuisyen subjek matematik untuknya dan tuisyen itu dijadualkan pada setiap hari dari jam 5 petang sehingga 6 petang.

Pada Jumaat lalu, selepas pulang dari sekolah, kanak-kanak itu menyatakan rasa berat hati untuk menghadiri kelas tuisyen tersebut.

Walaupun begitu, ibu bapanya tetap mendesak dia untuk pergi ke tuisyen sebelum kanak-kanak itu nekad untuk terjun dari tingkat 15 apartmen mereka.

Disebabkan itu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Sumber: Ary News

SKIP THIS AD ×