berita

Wanita Separuh Bogel Jatuh Dari Tingkat 7, Teman Lelaki Didakwa Pegang Kaki Mangsa Dalam Keadaan Terbalik

August 16th, 2023 | by Alia
Kini Trending

mayat jatuh

Gambar sekadar hiasan

Seorang pelancong wanita separuh bogel ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas jatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri.

Artikel Berkaitan: Hilang Tak Pulang Rumah, Bapa Temui Mayat Anak Di Bangunan Lama

Artikel Berkaitan: Penemuan Rangka Manusia Rungkai Misteri Kehilangan Wanita! Bekas Tunang Jadi Suspek Pembunuhan

Motif kematian tidak jelas

mayat jatuh

Foto: Daily Star

Memetik laporan Daily Star, mangsa berasal dari Rusia yang dikenali sebagai Daria Luzifiak, 32 meninggal dunia di Pattaya, Thailand pada Ahad.

Menurut kolenel polis, Wattanachai Sengrit berkata teman lelaki wanita itu, Fedor, ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut. Difahamkan ketika ditahan teman lelakinya itu enggan memberikan kerjasama.

Teman lelakinya memegang segelas alkohol dan kelihatan mabuk ketika bercakap dengan pegawai. Dia pada mulanya enggan bekerjasama dengan polis.

Ketika kejadian Fedor didakwa memegang kedua-dua kaki Luzifiak dalam keadaan terbalik di tingkap kediaman tersebut hingga menyebabkan wanita itu terjatuh dan meninggal dunia.

Bilik itu tidak kemas dan bersepah dengan sisa makanan dan minuman tetapi tiada kesan pergelutan.

Walau bagaimanapun, motif kejadian masih tidak jelas, iaitu sama ada Fedor mahu membunuh teman wanitanya atau ia adalah percubaan untuk menyelamatkan mangsa daripada terjatuh.

Sementara itu, terdapat juga laporan yang menyatakan Luzifiak baru-baru ini memfailkan laporan polis berhubung kehilangan pasportnya dan ingin kembali ke Rusia.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×