berita

Kanak-Kanak Maut Tertembak Diri Sendiri, Jumpa Pistol Dalam Laci

October 12th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang kanak-kanak yang dikenali James Kenneth Lindqueste, 3 tahun, meninggal dunia secara tidak sengaja kerana dia bertindak menembak dirinya sendiri. Kejadian ini berlaku pada Jumaat lepas.

Tertembak diri sendiri

Gambar sekadar hiasan

Insiden hitam itu terjadi apabila James terjumpa pistol yang disimpan di laci rumahnya di Aloha Oregon, Washington. James meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.

Anggota keluarganya yang panik bertindak menelefon 911, namun keadaan ketika itu sudah terlambat dan nyawa anaknya tidak dapat lagi diselamatkan. James meninggal dunia, selepas dua jam insiden tersebut.

Kini, pihak detektif masih menyiasat kematian budak kecil itu. Sehingga kini masih tiada sebarang tuduhan dibuat terhadap keluarganya.

Menurut Penny Okamoto, seorang pegawai keselamatan, menjelaskan pemilik senjata api itu sepatutnya bertanggungjawab memastikan ia disimpan dalam keadaan yang selamat.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×