Sekadar Gambar Hiasan
Tidak dinafikan kecanggihan teknologi yang semakin pesat membangun saban hari, menjadikan penggunanya ketagih akan gajet-gajet yang wujud di pasaran. Bahkan, ketagihan ini tidak hanya dialami oleh golongan dewasa bahkan kanak-kanak turut tidak terkecuali.
Seperti kisah yang terjadi di Subang, Indonesia, di mana seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, telah meninggal dunia dipercayai mengalami ketagihan yang melampau bermain permainan video secara atas talian (online game).
Sering mengeluh sakit
Foto: Tribun News
Menerusi laporan yang dipetik daripada Suara, kanak-kanak malang ini dikenali sebagai Raden Tri Sakti, berulang kali mengadu sakit kepala dan dibawa berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan. Namun, segalanya telah terlambat apabila Raden disahkan meninggal dunia pada hujung Februari yang lalu.
Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan pakar perubatan mendapati Raden meninggal dunia kerana mengalamai gangguan saraf akibat radiasi yang dihasilkan dari telefon pintar.
Difahamkan, kanak-kanak ini sering bermain permainan video secara atas talian setiap hari tanpa mengambil peduli aktiviti lain yang lazimnya dilakukan oleh kanak-kanak sebaya dengan umurnya.
16 hari di hospital
Foto: Tribun Jabar
Menurut Ketua Kampung Salam Jaya, Sertu Sugeng, keluarga mangsa bertindak membawa kanak-kanak itu ke hospital berikutan sakit kepala yang dialami olehnya.
Raden dirawat selama 16 hari di hospital sebelum keadaannya semakin kritikal dan dia meninggal dunia di rumah. Kaki dan tangannya sama sekali tidak bergerak.
Tidak berakhir di situ, selama 16 hari dia berada di hospital, tiada sebarang respon positif yang ditunjukkan olehnya.
Sumber: Suara