berita

Kanak-Kanak Perempuan Cedera Didera Bekas Teman Lelaki Ibu

August 15th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Dera Anak Bekas Teman Wanita

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun mengalami kecederaan yang teruk di bahagian bibir dan muka dipercayai akibat didera bekas teman lelaki ibunya.

Artikel Berkaitan: Jiran Serbu Rumah..Wanita & ‘Tomboy’ Kantoi Dera Anak 7 Tahun Sampai Melepuh Satu Badan

Ditahan polis

Dera Anak Bekas Teman Wanita

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, suspek yang berusia 29 tahun telah pun ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa yang berusia 25 tahun.

Polis menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kes penderaan anaknya di sebuah rumah di kawasan Kampung Sinaran Baru, Kempas.

Mangsa mengalami kecederaan fizikal iaitu di bahagian bibir dan muka.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana perlakuan jenayah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×