berita

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Maut Selepas Buat ‘Blackout Challenge’ Di TikTok

January 25th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: The Sun

Tidak dinafikan aplikasi TikTok kini, menjadi laman aplikasi pilihan golongan muda. Malahan, aplikasi ini juga turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyunting video dan dapat dikongsi di serata dunia.

Walau bagaimanapun, aplikasi tersebut telah disalah guna oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, apabila dia meninggal dunia akibat lemas selepas menjerut lehernya sendiri dengan tali pinggang. Difahamkan, kanak-kanak malang itu terikut akan satu trend yang tular di aplikasi tersebut.

Sertai cabaran TikTok

Menerusi laporan yang dipetik daripada The Sun, kejadian tersebut berlaku di Palermo, Itali pada Khamis yang lalu. Mangsa dikenali sebagai Antonella Sicomero, dijumpai maut selepas ‘dipercayai’ menyertai satu cabaran tular di TikTok di bilik mandi rumahnya.

Difahamkan, Antonella melakukan cabaran Blackout Challenge, di mana seseorang itu perlu mencekik dirinya secara berseorangan sehingga tidak sedarkan diri. Malahan dalam cabaran tersebut, seseorang itu akan tersedar kembali selepas beberapa saat ‘pengsan’.

Sebelum kejadian, mangsa sempat memberitahu keluarganya dia mahu mandi sebelum terjadinya insiden hitam tersebut. Dia juga dipercayai mengikat tali pinggang di lehernya sehingga menyebabkannya lemas. Susulan daripada itu, mangsa dijumpai dalam keadaan yang tidak sedarkan diri oleh adik perempuannya yang berusia empat tahun.

Koma dan mati otak

Sekadar gambar hiasan

Tanpa membuang masa, mangsa telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut. Namun, hasil pemeriksaan oleh pihak hospital mangsa disahkan koma dan mati otak. Mangsa juga telah meninggal dunia setelah ahli keluarganya bersetuju untuk memutuskan alat bantuan hayat kepadanya.

Walau bagaimanapun, bapa kepada mangsa ketika ditemu bual sempat menceritakan apa yang telah berlaku kepada anaknya.

Anak saya mati disebabkan cabaran ekstrem di TikTok, mana mungkin saya saya dapat terima perkara ini?

Susulan daripada apa yang telah terjadi, pihak TikTok telah mengenakan syarat yang lebih ketat di mana pengguna aplikasi tersebut hendaklah berusia 13 tahun dan ke atas.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×