berita

‘Kandungan Sudah Lebih 6 Bulan, Rancang Beli Barang Bayi Bersama’ – Isteri Pekerja Kilang Tersepit Mesin

August 9th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, seorang pekerja kilang maut selepas tangan kanannya tersepit pada mesin pengacuan (moulding) di sebuah kilang di Jalan Bukit Gedung, Pulau Pinang.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa yang dikenali sebagai Zaid Berahim, disahkan meninggal dunia ketika kerja menyelamat sedang dilakukan oleh pihak bomba.

Tersepit ketika bekerja

Sekadar gambar hiasan

Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati seorang lelaki telah tersepit pada mesin ‘moulding’ ketika bekerja di kilang tersebut. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 6.09 pagi.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rohaizal Abdul Aziz, pihak bomba mendapat panggilan kecemasan pada jam 4.08 pagi dan terus ke lokasi untuk menyelamat. Tambahnya, operasi menyelamat mangsa berkahir pada jam 6.32 pagi sebelum mayat dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

Dia pergi selama-lamanya

Sekadar gambar hiasan

Kandungan saya sudah lebih enam bulan dan kami merancang mahu membeli barangan bayi minggu depan, malah dia sempat pindahkan wang simpanan ke dalam akaun saya. Namun, kita hanya merancang dan Tuhan menentukan dia pergi selama-lamanya hari ini.

Saya tidak mampu berkata-kata semasa melihat keadaan Zaid selain berdoa terutama ketika melihat jarinya sudah tidak bergerak. Arwah seorang yang periang namun sejak beberapa hari lalu, dia berubah menjadi kurang bercakap dan hilang selera makan.

Menerusi laporan Harian Metro, isteri mangsa iaitu Nurul Fatin Nabila, turut bekerja di kilang yang sama. Menurut Nurul, dia mengetahui berita tersebut daripada rakan-rakannya. Tambahnya, dia sedang hamil enam bulan dan baru sahaja merancang hendak membeli barangan bayi bersama suaminya. Namun, tidak sangka suaminya sudah pergi terlebih dahulu.

Ujar Nurul lagi, dia masih terngiang-ngiang ungkapan meminta maaf berulang kali daripada arwah kerana tidak dapat menemaninya yang dijangka bersalin pada November depan. Tambahnya, dia tidak meragui kata-kata itu kerana menyangka suaminya akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) hospital ketika pandemik Covid-19 yang tidak membenarkan suami menemani isteri di dewan bersalin. Walau bagaimanapun, Nurul memberitahu dia reda dan akan membesarkan anak sulung mereka dengan sempurna.

Sumber: Harian Metro & Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×