berita

Kanser Bukan Penghalang, Pelajar Hilang Kaki Berjaya Menamatkan Larian Merentas Desa Sejauh 7KM

January 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Insiprasi

Setiap tahun sudah pasti semua sekolah di Malaysia akan melakukan aktiviti merentas desa. Betul tak? Aktiviti sihat itu bukan sahaja dapat melahirkan generasi yang aktif. Bahkan, hubungan silaturrahim antara guru, pelajar dan ibu bapa juga dapat dieratkan.

Pelabagi ragam juga dapat dilihat semasa para pelajar melakukan larian tersebut. Sudah pasti ada yang bersungguh-sungguh untuk meraih pingat. Manakala, ada juga yang berusaha keras untuk sampai ke garisan penamat. Menerusi Facebook Sekolah Menengah Muadzam Shah, seorang pelajar ini gigih menyertai larian merentas desa walaupun menggunakan tongkat sahaja.

Kanser bukan penghalang

Inspirasi kejohanan merentas desa SMK Muadzam Shah Pahang 2020. Kelibatnya terkadang akan menimbulkan banyak persepsi timbul dalam benak yang melihatnya. Namun itulah adik Haikal Mikail, bangkit daripada penyakit kanser tulang kaki, seorang insan yang sangat kuat semangatnya dan tidak pernah berasa rendah diri, walaupun ada kekurangan pada pandangan mata orang normal lain.

Tetap berkeras untuk menyertai latihan merentas desa, menyertai kejohanan sehingga mampu menamatkan 7km larian walaupun dinasihati oleh guru agar tidak menyertainya. Namun, kerana kuatnya aspirasi untuk berjaya dan mampu bersaing dengan orang yang normal anggota, sangat menginspirasikan semua warga SMKMS. Semangat dan usaha gigih Adik Haikal Mikail ini tanpa melihat kelemahan yang ada sebagai alasan utk tidak berusaha, wajar menjadi contoh dan inspirasi untuk berjaya, buat semua warga sekolah khususnya, warga Malaysia amnya.

Guru-guru sponsor hadiah

Meninjau di ruangan komen, pihak sekolah memberitahu bahawa guru-guru di sekolah Muadzam Shah bersepakat untuk memberikan hadiah buat adik Haikal dan sahabat yang menemaninya itu. Hadiah yang diberikan kepada mereka berdua merupakan hasil tajaan guru-guru. Sementara itu, netizen turut meninggalkan komen positif di atas kegigihan adik Haikal dalam menyertai aktiviti sekolah. Hal ini juga mampu menjadi inspirasi kepada semua penghidap kanser yang lain.

Sumber:  SMK Muadzam Shah 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×