berita

‘Kapten Bas Itu Sudah Berkhidmat Selama 2 Tahun & Mempunyai Rekod Perkhidmatan Yang Baik’

August 17th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Malam semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan tersebarnya video bas RapidKL bertindak merempuh beberapa buah kereta di ibu negara malam tadi. Kejadian berlaku sekitar jam 8 malam (Khamis), dimana bas berkenaan sedang beroperasi di Laluan 221 dari Datuk Keramat ke Ampang Point ketika kes rempuhan berlaku. Susulan kejadian itu, Ketua Pegawai Operasi RapidKL berkata mereka masih lagi dalam mendapatkan maklumat terperinci.

Mohon maaf kepada orang ramai

Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd Yusof

Pengendali bas RapidKL, Prasarana Malaysia Berhad memohon maaf kepada orang ramai susulan insiden seorang pemandu bas RapidKL yang bertindak melanggar beberapa buah kereta di Jalan Ampang malam semalam.

Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd Yusof berkata mereka sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai kejadian tersebut.

Kapten (pemandu) bas itu sudah berkhidmat selama dua tahun dan dia mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti, namun kami memohon maaf kepada orang ramai atas insiden ini.

Tambahnya, kapten bas itu sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Ampang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Kami akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan ini.

Manakala Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata pemandu bas itu cuba melarikan diri tetapi usahanya gagal apabila orang ramai cuba mengejar dan berjaya menangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Pemandu tersebut dikenali sebagai Md Khairol Anuar Mohamad (32 tahun) berasal dari Pasir Puteh, Kelantan cedera di bahagian kepala dan berada dalam keadaan separa sedar selepas kejadian itu.

 

Kena periksa bas tersebut

https://www.facebook.com/ayiee.azzree/videos/1659496590843477/

Sementara itu, apabila ditanya mengenai berapa ramai penumpang yang berada di dalam bas ketika kejadian berlaku, ini kenyataan Shamsul Rizal:

Kami masih belum dapat maklumat sebenar, ada penumpang ke tidak atau berapa penumpang (dalam bas).

Kami kena memeriksa bas tersebut, kami belum diberi peluang lagi.

Tambahnya lagi, jika ada pihak yang ingin membuat sebarang tuntutan, mereka boleh menghubungi di talian RapidKL di 03-7885 2585.

Sumber: Astro Awani/ Facebook Azri Arip

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×