Nama pelakon Rita Rudaini masih menjadi tumpuan netizen berikutan nasihat dan pandangannya berhubung kemelut rumah tangga Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz.
Terbaru, Rita berkongsi sebuah posting mengenai ‘karma 7 keturunan’.
Artikel Berkaitan: ‘Lawak Bro, Sis Dah Lalui Benda Ni Dulu, Dah Curang & Salah Lepas Tu Tak Nak Cerai Sebab Ada Game’ – Rita Rudaini
Janji Allah itu pasti
Menerusi perkongsian tersebut, Rita berkata, janji Allah itu pasti buat hambanya yang tersakiti. Bukan itu sahaja, individu yang disakiti akan menyaksikan karma yang bakal berlaku sekiranya umur mereka panjang.
Insyaallah kalau diizinkan Allah, diberi umur yang panjang. Kita akan menyaksikan segalanya. Janji Allah itu pasti.
Terdahulu, Rita menitipkan nasihat agar Bella mengundurkan diri daripada keluarga yang toksik selepas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu mendedahkan sikap sebenar ibu mentuanya.
Ujar Rita lagi, Bella tidak sesuai kekal dalam keluarga itu. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut mengakui memang wujud sosok ibu yang mengajar dan menyokong anak membuat kesalahan.
Sumber: Rita Rudaini