Pada bulan Mei yang lalu, AIA telah menganjurkan AIA Elite Academy (AEA) Elite Recruitment Carnival bertujuan membantu individu yang mempunyai minat dan bakat dalam bidang insurans dan takaful untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya sebagai Perancang Hayat (ejen) Elite dengan AIA Malaysia!
Ramai betul yang hadir dan menyertai karnival tersebut.
Mengetengahkan inovasi dan teknologi terkini seperti Teknologi Immersive, AEA Elite Recruitment Carnival menawarkan pengalaman yang menarik dan lebih dinamik buat para pengunjung yang hadir.
AIA buktikan mereka komited terhadap pembangunan Perancang Hayat yang profesional dan serba boleh!
Kalau korang nak tahu karnival ini diadakan sebagai bukti betapa komitednya AIA dalam pembangunan generasi Perancang Hayat baharu yang profesional, berkeyakinan tinggi dan serba boleh dalam industri insurans dan takaful.
Demi melahirkan dan membina tenaga agensi Next-Gen, AIA menubuhkan AIA Elite Academy (AEA) pada tahun 2019 – sebuah program pertama seumpamanya dalam industri yang mengubah landskap perekrutan dan pengambilan ejen.
Inisiatif ini diambil bagi memastikan Perancang Hayat yang dihasilkan adalah yang “high class”,berpengetahuan dan mahir dalam merancang keperluan perlindungan pelanggan.
Program kemasukan eksklusif ini memberi pengkhususan kepada latihan yang fokus terhadap pengetahuan kewangan dan pemasaran media sosial dan pada masa yang sama menyediakan latihan individu dan pementoran kepada Perancang Hayat yang layak.
Dan di AEA Elite Recruitment Carnival yang berlangsung selama 3 hari tersebut, pengunjung dapat mempelajari lebih lanjut tentang selok belok perjalanan program ini melalui 4 stesen yang interaktif dan serba digital:
Stesen 1: Vision Wall & Photo Booth AI
‘Vision Wall’ membolehkan pengunjung menentukan visi, tujuan dan menjejaki matlamat mereka disamping mencipta avatar AIA mereka sendiri melalui Photo Booth AI.
Stesen 2: Lifestyle Presentation
Di stesen 2 pula ada pembentangan interaktif dengan pengalaman LED yang mengasyikkan. Disini dipamerkan manfaat yang dapat diperoleh sebagai seorang Perancang Hayat AIA selain menceritakan kisah penubuhan AEA dan peristiwa penting sepanjang 5 tahun perjalanan program tersebut.
Stesen 3: Exploration Stage
Stesen ke-3 membolehkan pengunjung memahami nilai dan program yang ditawarkan AEA melalui simulasi yang berbeza.
Stesen 4: Interactive Exhibit
Akhir sekali ialah stesen interactive exhibit dimana peserta boleh menggunakan alatan digital yang berbeza untuk meneroka laluan kerjaya mereka sebagai Perancang Hayat AIA yang berpotensi dan dalam masa yang sama memahami kerjaya yang ditawarkan serta unjuran pendapatan yang boleh diraih melalui kerjaya ini.
AIA Elite Academy lahirkan lebih 10,000 Perancang Hayat Elite sejak ditubuhkan!
AEA juga mempunyai Elite Academy Centre yang terletak di AIA Sentral, Kuala Lumpur khusus untuk Pusat Pembangunan Bakat dan Perniagaan Agensi Premier dimana ianya adalah eksklusif untuk agensi berprestasi tinggi.
Maka, tak hairanlah dalam tempoh 5 tahun je AEA telah mencipta rekod prestasi yang memberangsangkan.
Mereka telah berjaya membentuk lebih 10,000 Perancang Hayat yang lebih produktif berbanding mereka yang tidak menyertainya.
Bukan itu sahaja, AEA kini semakin menjadi pilihan buat para graduan muda termasuklah golongan profesional dan berkemahiran tinggi demi menjamin kerjaya yang lebih mampan dan mendatangkan manfaat untuk jangka panjang.
Tak rugi sertai AIA Elite Academy!
Untung tau sertai AEA sebab mereka dah berjaya bantu banyak Perancang Hayat memperoleh pengiktirafan global iaitu – Million Dollar Round Table (MDRT).
Dalam masa yang sama AEA turut melancarkan inisiatif ‘Double Millionaire Challenge’ yang mengiktiraf dan memberi ganjaran jangka masa panjang kepada Perancang Hayat yang berjaya mencipta kejayaan. Menarik kan?
Tak dinafikan, nak dapatkan kerjaya yang stabil dan kukuh semakin mencabar. Lebih-lebih lagi bagi ramai graduan baharu termasuklah mereka yang masih belum bekerja. Namun, sekarang korang ada pilihan untuk sertai AEA.
Jangan risau, AEA akan bantu dan guide korang untuk pastikan korang benar-benar bersedia untuk menjalankan tugas sebagai Perancang Hayat AIA.
Lagipun, terdapat 3 program berlainan yang ditawarkan di bawah AEA yang boleh anda terokai mengikut kesesuaian dan kemahuan anda termasuklah program Elite Lite, Elite Pro dan Elite Premier Leader. Yang lebih penting, program-program ini direka untuk memupuk kemahiran dan keupayaan anda melalui latihan dan bimbingan perunding professional.
Berminat nak sertai AEA? Layari https://www.agencycareer.aia.net.my/career/language atau follow AIA Elite Academy di media sosial – Facebook: AIA Elite Academy | Instagram: AIA Elite Academy | LinkedIn: AIA Elite Academy|