berita

Karnival Jom Heboh Bakal Gegarkan Putrajaya Hujung Minggu Ini!

June 21st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Karnival tahunan kegemaran ramai Karnival Jom Heboh (KJH) kini kembali lagi! KJH kali ini dibawakan oleh DuitNow, dan bakal berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Jun (Sabtu dan Ahad) di Anjung Floria, Putrajaya bersempena dengan Hari Rekreasi Putrajaya. Jumpa korang semua di sana seawal 8.00 pagi kerana banyak aktiviti menarik menanti korang!

Pelbagai booth dari TV3

Acara padang tahunan anjuran Media Prima Berhad (MPB) ini turut dimeriahkan dengan pelbagai booth dari TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Waktu Solat Malaysia, WOWSHOP dan tonton yang menyediakan aktiviti – aktiviti menarik serta penampilan istimewa daripada barisan selebriti tanah air popular. Selain itu, belon udara panas juga disediakan khas buat pengunjung yang ingin melihat suasana sekeliling Putrajaya dengan harga yang murah, hanya dengan menggunakan aplikasi DuitNow.

Kemeriahan di KJH diteruskan dengan promosi-promosi hebat pada harga yang tiada tandingan. Jangan melepaskan peluang untuk menjadi pengunjung terawal kerana anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah istimewa dari KJH! Lebih istimewa lagi, pengunjung bakal berpeluang untuk beramah mesra dengan artis kesukaan ramai di booth Media Prima Berhad tersedia seperti barisan pelakon Melur Untuk Firdaus dan Risik Pada Hati, Meerqeen, Anna Jobling, Zara Zya, Ummi Nazeera, Sophia Albarakbah dan ramai lagi.

Pengunjung juga berpeluang untuk menghabiskan hujung minggu bersama ahli keluarga denga aktiviti-aktiviti santai seperti Karaoke Muzik-Muzik, bergambar dan bermesra dengan maskot Alif & Sofia dan Hang Omar Timor. Tidak ketinggalan siaran langsung program Borak Kopitiam, Wanita Hari Ini dan Melodi. Bagi peminat muzik pula, KJH mempersembahkan konsert legenda Konsert Jom Heboh yang pasti akan memeriahkan malam minggu korang.

Konsert Jom Heboh

Para pengunjung juga akan dihiburkan dengan Konsert Jom Heboh yang akan diadakan pada pukul 9.00 malam selama dua malam berturut-turut. Konsert ini akan dihoskan oleh deejay terkenal dari Hot FM dan Buletin FM seperti AG, Ally Iskandar, Haiza, Ayu, Riena Diana, Muaz, Hawa Rizwana dan Imran Aqil. Antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Ara Johari, Ashtin, kumpulan Masdo, Insomniacks, Xpose, Amsyar Lee, Ezad Lazim dan ramai lagi.

Bagi menyemarakkan suasana di KJH, raikan Hari Rekreasi Putrajaya yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan acara-acara menarik seperti zoo peliharaan di Festival Pencinta Haiwan Putrajaya (PALOF), Bandar RV, Desa Kopi, Pertandingan Memancing dan Flying Fox. Aktiviti-aktiviti lain termasuk senamrobik, mini penalti dan bola bowling. Karnival Jom Heboh Acara Padang Paling Lama di Malaysia yang diiktirafkan oleh Malaysia Book of Records ini pasti mengujakan hujung minggu korang sekeluarga.

Lagi satu! OhBulan dan Sirap Limau bakal mengadakan pelbagai aktiviti menarik di Studio B nanti. Antara aktiviti yang bakal diadakan nanti untuk korang semua ialah demonstrasi Muay Thai dan borak parenting bersama Dr Putri. Buat ibu bapa dan bakal ibu bapa di luar sana, korang dijemput hadir okay ke Studio B nanti.

Sebarkan keseronokan dengan menggunakan tag #KarnivalJomHeboh dan #KJH. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×