Foto: New Straits Times
Kartunis Sweden, Lars Vilks pernah menimbulkan kemarahan umat Islam suatu masa dahulu apabila melakar karikatur Nabi Muhammad SAW. Terbaru menerusi laporan BBC, Lars Vilks dilaporkan meninggal dunia selepas terbabit dalam nahas jalan raya.
Menjadi sasaran ancaman mati
Foto: New Straits Times
Menurut laporan BBC, Vilks yang berusia 75 tahun dipercayai hidup di bawah perlindungan pihak polis setelah menjadi sasaran ancaman mati susulan tindakannya melukis kartun tersebut. Semasa kejadian, dua orang anggota polis turut berada bersamanya. Bercerita mengenai kemalangan yang berlaku, pihak berkuasa mendapati kedua-dua anggota polis mereka turut terkorban manakala seorang pemandu lori mengalami kecederaan. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori dan kereta polis yang dinaiki oleh kesemua mereka.
Terdahulu, Vilks telah melakar karikatur Nabi Muhammad SAW pada tahun 2007. Secara tidak langsung, kartunis itu telah menyinggung perasaan orang Islam yang menganggap gambaran visual Nabi sebagai satu penghinaan. Sehingga satu peringkat, perdana menterinya ketika itu, Fredrik Reinfeldt terpaksa bertemu dengan duta-duta besar dari 22 negara Islam dalam usaha meredakan keadaan.
Tidak lama kemudian, al-Qaeda di Iraq turut menawarkan ganjaran hebat kepada orang awam untuk membunuhnya. Ia berlaku setahun lalu selepas sebuah akhbar Denmark menerbitkan kartun tersebut. Meskipun pihak polis belum mendedahkan identiti mereka yang terbunuh dalam kejadian tersebut, tetapi rakan Vilks mengesahkan kematiannya kepada akhbar Dagens Nyheter. Setakat ini, pihak polis dipercayai masih belum mengetahui punca perlanggaran itu.
Sumber: BBC