Isu pelakon veteran, Aman Graseka memohon bantuan kewangan terhadap rakan artis masih menjadi sorotan media sehingga ke hari ini.
Terbaru, Timbalan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Radhi Khalid memberitahu, dia sudah mencuba sedaya-upaya untuk menghulurkan bantuan kepada pelakon tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang Tak Rapat Pun Dia Terpaksa Minta’ – Sharifah Shahirah Harap Aman Graseka Tidak Mesej Lagi Minta Bantuan
Artikel Berkaitan: Dah Lama Tak Ada ‘Job’, Aman Graseka Mohon Bantuan – ‘Semoga Ada Rezeki Anak-Anak Hamba Nak Buat Makan’
Beri sumbangan secara peribadi
Memetik laporan Harian Metro, Radhi berkata, sumbangan peribadi dan daripada Karyawan pernah disalurkan kepada Aman. Bukan itu sahaja, pihaknya juga sudah menghubungi pengarah yang pernah bekerja dengan Aman untuk mencari peluang pekerjaan buatnya.
Beberapa bulan lalu, dia ada menghubungi saya dan maklumkan situasi kehidupannya ketika itu yang agak susah. Jadi, saya berikan sumbangan secara peribadi beberapa kali.
Saya panjangkan juga perkara ini kepada persatuan dan kami turut menghulurkan bantuan. Saya pernah berikan cadangan kepadanya untuk memohon bantuan daripada Baitulmal.
Selain itu, saya juga pernah menghubungi pengarah yang pernah bekerja dengannya untuk bantu mencari peluang pekerjaan.
Ujart Radhi, Karyawan juga pernah berhasrat untuk menziarahi kediamannya sekeluarga bagi melihat sendiri keadaan kehidupannya.
Diminta untuk mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa Aman tidak dapat berlakon kerana ‘dikawal’ isteri, Radhi berkata, dia juga tidak pasti kesahihan mengenai perkara itu.
Saya ada dengar mengenai perkara itu, namun tidak pasti sama ada ia sahih ataupun tidak. Tapi, sebagai pelakon, kita sebenarnya ada hak untuk bersuara dalam menjayakan sesuatu watak.
Contohnya, zaman sekarang pengarah-pengarah pun tak ada lagi yang meminta pelakon lelaki bersentuhan dengan pelakon wanita terutamanya, untuk pelakon-pelakon veteran.
Kalau kita tonton karya tempatan di kaca TV, kalau watak antara anak lelaki dengan ibu atau anak perempuan dengan ayah pun, tak ada babak bersentuhan atau berpelukan yang keterlaluan atau tak ada pun.
Itu semua boleh disuarakan andai kata kita merasakan permintaan pengarah atau jalan ceritanya memerlukan sentuhan yang melampaui batasan kita sebagai pelakon.
Sumber: Harian Metro