Umum mengetahui, pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Menangis Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Kerana Merogol, Sempat Peluk Isteri Berpantang
Artikel Berkaitan: Posting Terakhir Bersama Anak Di IG Story Jadi Tumpuan, Netizen Mula Banjiri Ruangan Komen Da’i Syed
Terbaru, di aplikasi X, Da’i Fuad Mokhtar tampil meluahkan responsnya berhubung berita viral ini.
Menitik juga air mata
Menurut Da’i Fuad, dia berasa terkelu lidah, serba salah dan menitik air mata sebaik sahaja mendengar berita hukuman yang terpaksa dijalani oleh rakannya itu.
Pada masa yang sama, Da’i Fuad turut bersimpati terhadap mangsa kerana perlu melalui pengalaman yang berat. Ujar Da’i Fuad, tidak mudah untuk seorang wanita meneruskan kehidupan setelah melalui keadaan yang sukar.
Semoga Allah memberikan kekuatan buatmu untuk menghadapi kehidupan yang berat dan mencabar.
Da’i Fuad turut meluahkan rasa kasihan terhadap isteri dan anak Da’i Syed kerana perlu menghadapi rintangan hidup yang berat ini.
Sebagai orang yang beriman kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kita berpegang bahawa takdir baik dan buruk itu semuanya di atas kekuasaan Allah.
Rayu saya agar cukuplah polemik ke atas Da’i Syed. Jika kita inginkan keadilan maka keadilan telah pun berlaku. Ianya sudah cukup sakit.
Kasihanilah juga isteri dan anaknya yang harus menghadapi rintangan hidup yang berat ini. Apatah lagi jika mereka perlu hidup tanpa pelindung.
Keadaan ini adalah ruang untuk kita semua bermuhasabah dan sedar bahawa setiap daripada kita bila-bila masa sahaja akan diuji. Semoga Allah tidak menguji kita semua dengan ujian yang berat.
Di akhir ciapan, Da’i Fuad mendoakan isteri dan anak rakannya itu diberi kekuatan.
Sumber: X