“Eh, kau tahu kat mana sate yang sedap?”
Tengah lepak dengan member, tiba-tiba tanya soalan tu. Perut pun tengah lapar ni. Siapa je yang tak teruja bila sembang pasal makanan? Lebih-lebih lagi kalau cerita pasal sate, nasi ayam, ayam penyet dan sebagainya. Terliur oi!
Nak tempat makan terbaik, kena la tengok pada rating bintang yang dinilai oleh jutaan kaki makan. Cuba korang tengok, inilah makanan popular paling dicari di GrabFood di Negeri Sembilan, Kuantan dan Johor. Siap sedia untuk terliur!
Makanan di Negeri Sembilan, Kuantan & Johor terpaling popular di GrabFood!
- Nasi Ikan
Penggemar ikan mesti jatuh cinta teruk dengan nasi ikan. Mak-mak suka jugak buat hidangan makanan macam ni. Nasi berlauk ikan. Makanannya ringkas tapi dapat sambal dan kicap sekali, memang mengiurkan. Siap tambah nasi kot!
- Nasi Arab
Ramai yang makan nasi arab mesti puas dan kenyang. Orang Arab memang makan portion banyak, tapi makanan mereka selalunya rasa aroma rempah dalam masakan agak kuat. Lagi syok ratah ayam atau daging kambing yang sedap, lembut dan juicy!
- Nasi Ayam
Tak kira hari biasa atau istimewa, nasi ayam sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Semua peringkat umur boleh makan, daripada kanak-kanak hingga warga emas. Sambal untuk nasi ayam pun luar biasa. Tak sama macam sambal lain!
- Sate
Semua orang suka makan sate. Kalau pergi pasar malam atau bazaar Ramadan mesti beli punya. Paling kurang pun 10 cucuk. Banyak jenis sate seperti sate ayam, sate daging, sate kerang dan sebagainya. Makan dengan nasi himpit dan kuah kacang, nikmat!
- Nasi Kukus
Orang yang duduk pantai Timur Semenanjung Malaysia memang suka nasi kukus. Terutama di Kuantan la. Selalunya dihidangkan dengan ayam goreng berempah, kuah kari, pencuk atau potongan timun dan sesekali disertakan dengan paceri nenas. Sedap oi!
- Ayam Penyet
Tahu tak? Ayam penyet berasal dari Indonesia tau. Ia disediakan dengan nasi bersama ayam goreng yang digiling menggunakan penggiling supaya lembut. Dihidangkan dengan sambal, sayur-sayuran, tauhu goreng dan tempe. Makan panas-panas memang awesome!
Weh, sedap gila semuanya. Serius rasa nak makan semua ni sekarang jugak. Nak tahu tak? Korang boleh dapatkan semua makanan ni di restoran terbaik dengan cara mudah tau. Guna GrabFood je!
Guna fungsi GrabFood 5-Star, boleh dapat restoran paling best!
Bagi mereka yang dah biasa gunakan GrabFood, mesti tahu pasal rating dan review. Selepas dapat makanan yang dipesan, kita boleh bagi rating dan review untuk restoran yang kita pilih tadi. Nak bagi berapa bintang tu, terpulang pada korang la. Paling bagus? Mesti la 5 bintang!
Perut ni dah lapar tapi masih blur nak pesan makanan apa. Takut jugak kalau tak okay. Korang dah tak perlu risau. Sekarang dengan GrabFood 5-Star, korang boleh dapat restoran yang memang recommended. Seluruh Malaysia pulak tu!
Bayangkan guna GrabFood je, korang boleh dapat makanan kegemaran korang di restoran terbaik dengan mudah. Paling penting, puas hati beb.
Ini antara restoran terbaik Negeri Sembilan, Kuantan, Johor di GrabFood – yang dinilai jutaan kaki makan. Kena cuba, guys!
Mana orang-orang Negeri Sembilan, Kuantan dan Johor? Munculkan diri korang sekarang. Kat sini kami nak kongsikan restoran-restoran terbaik yang korang kena cuba di GrabFood. Semua restoran ni dapat 5 bintang, sedap dan berbaloi!
[NEGERI SEMBILAN]
[KUANTAN]
[JOHOR]
Hmm.. Nampak sedap semuanya. Tak sabar betul nak cuba. Nak pesan makanan di GrabFood, pakat la dengan keluarga dan kawan-kawan sekali okay?
Cara mudah untuk menemui restoran terbaik di GrabFood
Macam mana nak cari restoran dengan 5 bintang ni?
Ala, tak susah mana pun nak cari. Korang tak payah cari restoran tu satu demi satu pun. Tinggal buka aplikasi GrabFood, pilih “Food“, kemudian “Must-Try Restaurants“. Lebih mudah faham kalau korang tengok gambar kat atas tu. Senang kan? Terus klik sini untuk memesan di GrabFood!
Alang-alang perut pun dah lapar ni. Apa kata kita pesan makanan guna GrabFood? Boleh la cuba GrabFood 5-Star sekali. Perut kenyang, hati pun puas!
Kalau korang pesan apa-apa di GrabFood, jangan lupa tinggalkan review atau rating tau!
Korang boleh muat turun aplikasi Grab Superapp melalui link di bawah. Selamat menjamu selera!
- App Store: shorturl.at/nNYZ1
- Google Play: shorturl.at/hsVZ5
- AppGallery: shorturl.at/cLNOX