Nama pelakon dan pengacara cantik jelita iaitu Sarah Hildebrand sebelum ini telah hangat diperkatakan di media sosial selepas dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab. Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila Sarah seakan memberi bayangan tidak berpuas hati dengan sikap kurang professional pengacara rancangan hiburan terkenal.
Sarah tak puas hati?
Sarah Hildebrand menerusi akaun Twitter miliknya ada memuatnaik beberapa tweet meluahkan rasa kurang senang terhadap layanan yang diberikan oleh dua orang pengacara terkenal ketika menjadi tetamu undangan dalam satu rancangan hiburan iaitu MeleTOP. Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Sarah berkata pada awalnya dia seakan tidak mahu menjadi tetamu jemputan tetapi selepas meneliti beberapa soalan dari pihak produksi maka dia pun bersetuju.
Sayangnya, temu bual tersebut dilakukan dengan sangat teruk oleh dua pengacara ketika itu. Semuanya berubah seperti pentas lawak. Malah, salah seorang pengacara juga berkata “apa lagi eh nak tanya”.
Tambahnya lagi, sebagai seorang pengacara mereka tidak sepatutnya berkata sedemikian lebih-lebih lagi ketika siaran langsung. Tidak terhenti di situ, pengacara berkenaan didakwa mengajukan soalan ‘tidak masuk akal’ kepada suami Sarah iaitu Otto.
‘Kata dapar award best host..’
Menurut Sarah, pengacara berkenaan dikatakan pernah memenangi anugerah pengacara terbaik malah mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pengacaraan. Oleh hal yang demikian, dia tertanya-tanya adakah pengacara tersebut tidak membaca dan meneliti soalan yang disediakan terlebih dahulu. Selain itu, Sarah sempat berkongsi senarai soalan yang sepatutnya ditanya pada malam tersebut.
Sumber: Sarah Hildebrand