berita

Katil Terhad, Pesakit Kronik Tiada Harapan Sembuh Tidak Akan Dihantar Ke ICU

May 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: KKM

Akhir-akhir ini, berlakunya peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di negara kita. Perkara tersebut secara tidak langsung membimbangkan semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa yang lebih merisaukan apabila wujudnya mutasi-mutasi Covid-19 yang lebih berbahaya dan ‘ganas’ datang dari negara India dan Afrika Selatan.

Tidak lagi ditempatkan di ICU

Foto: KKM

Lapor Harian Metro, pesakit kronik di hospital Kedah yang tidak mempunyai sebarang harapan untuk sembuh tidak akan lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jumlah katil yang semakin terhad. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman menjelaskan jumlah katil sedia ada di ICU masih mencukupi namun, risau jika pesakit kritikal yang lain tidak dapat dimasukkan ke ICU berikutan kepadatan pesakit Covid-19.

Tambahnya lagi, pegawai perubatan yang berkhidmat ketika itu, terpaksa membuat ‘penilaian’ dalam memilih antara pesakit kritikal mahupun pesakit Covid-19 yang perlu mendapat rawatan di ICU.

Saya serba salah hendak maklum atau tidak keadaan ini, tetapi perlu beritahu juga. Dalam sesetengah kes doktor terpaksa pilih yang mana perlu hantar ke ICU, sekiranya pesakit terlalu kronik dan tidak mempunyai harapan, kita tidak masukkan dia lagi ke ICU.

Ini termasuk pesakit bukan kes Covid-19, doktor akan membuat penelitian cukup berat bagi setengah kes. Bagaimanapun, kita sebolehnya akan merawat semua pesakit sehingga sembuh dan stabil.

Kes yang semakin meningkat

Foto: KKM

Jelas Dr Hayati lagi, peningkatan kes Covid-19 di negeri tersebut secara tidak langsung meningkatan penggunaan wad ICU yang mencapai sehingga 92 peratus.

Kita perlu ingat hospital bukan sahaja untuk merawat pesakit Covid-19, tetapi ada pesakit kencing manis dan lain-lain yang perlu rawatan dan pembedahan, selepas dibedah mereka perlu dirawat di ICU terlebih dahulu.

Kita tidak mahu katil ICU penuh, jadi orang ramai perlu patuh SOP. Jangan bersalaman dan bersembang dekat, saya tahu kita masih dalam suasana Aidilfitri, tetapi perlu berpada-pada.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×