berita

‘Kau Ceraikan Aku Yang Tengah Mengandung Dengan Talak 3, Haramkan Aku Post Gambar Kau Demi Insan Bernama…’

September 6th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan hubungan perkahwinan kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Namun adakalanya ia kecundang di tengah jalan. Begitulah yang dialami oleh seorang wanita ini apabila dia didakwa telah diceraikan oleh si suami dengan talak 3 hanya kerana kehadiran orang ketiga.

Diceraikan dengan talak 3

Finally mu lafaz juga aku dengan talak 3 dengan keadaan aku mengandung sekarang ini demi insan yang bernama F**** S******. Setelah lama mu diamkan diri nafkah mu abaikan langsung tak caro pasal bini dan keperluan bakal anak yang akan dilahir nanti. Dengan cara mengejut gini 2x aku baca chat yang dilafazkan semalam.

Dengan perasaan sedih hanya Allah je tahu betapa sakitnya. Kenapa tak boleh ke tunggu aku bersalin nak bercerai pun, hanya lelaki yang dayus akan bagi talak 3. Aku tak nak aib sesiapa tapi dengan talak 3 demi perempuan ni aku susah nak terima. Maybe dengan talak 1 atau 2 aku akan terima tapi ni talak 3 benda dah tak boleh nak buat apa dah untuk depan hari nanti. Then dia warning pula haram kalau aku post gambar dia ke apa.

‘Jangan jadi pengecut’

Kalau cakap soal haram cermin diri mu dulu la betul ke dok hak mu buat selama ni cara mu layan bini mu. Kalau tak suka sekali pun mari jumpa family bukan dengan cara macam ni sekali. Bagi hak perempuan tu dah puas hati terus sebab laki dah bagi talak 3 dekat aku. Kalau ada pihak family perempuan nak mintak maaf, aku tak akan terima dengan kata-kata maaf setelah kena talak 3 baru nak minta maaf.

Benda ni dah lama sangat, yes memang aku cari family dia sebab aku nak settle dengan baik nak bincang dengan family perempuan ni, tapi masing-masing tak nak selesai. Sibuk nak block Whatsapp semua, jangan jadi pengecut, then jangan jadi bodoh marahkan orang balik sebab orang cari family mu.

Bukan senang setiap orang nak terima benda ni. Tak apa lah yang laki ingat sikit, jngan nak menyesal kemudian hari bila tengok muka anak nanti. Sekarang memang tak rasa apa-apa lagi, kalau Allah terbalikkan hati tu mu akan jadi gila talak! hm cuba move on dengan talak yang dilafazkan, so pergi lah nak kahwin buat besar-besar pun, aku dah tak kisah. Sebab dengan lafaz ni akan jadi bukti kemudian hari. Jangan terlalu happy sangat kalau kita hidup ni aniaya orang. Sampai mati pun aku akan ingat dengan semua ini.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×