Bekas adik ipar kepada Shila Amzah yang dikenali sebagai Anis Waheeda mendedahkan sikap sebenar adik lelaki penyanyi itu, Amir Shafiq yang sering menyusahkan hidup orang lain sejak dari dulu lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Sulung Dakwa Shila Amzah Terajang Pintu, Pernah Janji Tak Akan Jual Rumah Pusaka – ‘Dia Ingat Duit Boleh Bawa Mati’
Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Aku Takut Ke Kau Nak Sepak Muka Aku Lagi?’ – Shila Amzah ‘Meletup’ Adik Lelaki Reka Cerita Isu Jual Rumah
Sikap sebenar Shafiq
Menerusi hantaran di TikTok, Anis mendakwa Shafiq tidak pernah bersyukur dengan segala kemewahan dan kemudahan yang diberikan oleh Shila.
Kau ni memang tak pernah berubah kan, macam mana kau buat aku dulu over limit macam itu juga kau buat dekat darah daging kau.
Kau tak sedar betapa beruntungnya kau sebab kakak kau banyak tolong kau dulu. Terlalu banyak kakak kau tolong, jangan ingat aku tak tahu.
Kesian la dekat kakak kau, dari dulu lagi dia bekerja, semuanya untuk keluarga. Kau kena ingat apa yang jadi pada kau sekarang ini adalah kifarah.
Kau play victim ya, kau tak payah buka aib keluarga kau sebab aib kau sendiri dah terbuka. Memang kau mengaku kau baik tapi orang tak tahu pandai berkata-kata.
Dalam masa sama, Anis turut mendakwa Shafiq seorang ‘kaki pukul’ dan pernah bertindak kasar terhadapnya, Shila dan wanita lain.
Kau tak pernah kurang ajar dengan mak kau ke? Haha lawak lah, kau beduk (pukul) kakak kau, kau beduk aku, beduk perempuan lain, tak ke dayus tu? Tolong perbetulkan diri sebelum cakap orang lain.
Bab kakak kau kurang ajar dengan mak kau tu mungkin tak sengaja sebab dah over limit macam kau nak beduk mak kau dulu kan.
Orang luar nampak salah kakak kau sebab kau buka aib dia, tapi kau sendiri macam jantan takda telur, perempuan datang depan rumah pun kau minta mak settlekan. Kakak kau ajak jumpa pun kau kecut.
Selain itu, Anis turut mendakwa Shafiq gagal menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan culas menjelaskan bayaran nafkah kepada anak mereka.
Patutnya kau anak lelaki sulung kena ambil alih tugas keluarga, tapi hampeh, kerja pun tak hanya harapkan duit betina.
Kau ingat sikit nafkah anak yang tertunggak itu bayar! Hutang mutaah aku yang tak bayar-bayar.
Kau kena ingat selama mana kau abaikan anak kau, hidup kau tak akan aman. Sebab itu hidup kau bertimpa-timpa masalah.