Pempengaruh dan usahawan, Adira Salahudi meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan individu yang menyimpan hasad dengki terhadap dirinya dan keluarga.
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Adira Salahudi Luah Ingin Mati Rasa, Suami Tampil Minta Maaf – ‘Tak Ada Orang Boleh Ganti Tempat Awak’
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Minta Maaf Tersilap Muat Naik Foto ‘Free Hair’, ‘Caption’ Sedih Undang Tanda Tanya – ‘Semoga Mama Sempat Jumpa Awak’
‘Jangan busuk hati dengan kehidupan orang’
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Adira mengakui bahawa dia sudah lama bersabar dan berdiam diri namun akhirnya terpaksa membuka mulut meluahkan apa yang dipendam selama ini.
Dia bukanlah sesiapa dalam hidup saya dan tak penting untuk saya melayan. Cukup-cukup lah bergaduh dengan bayang-bayang sendiri ya.
Jangan busuk hati dengan kehidupan orang. Kita ni sama-sama berniaga, cari rezeki untuk keluarga. Mula lah kehidupan dengan niat yang betul.
Sementara itu, Adira berkata bahawa setiap invidiu yang menjalankan perniagaan tidak seharusnya bersaing untuk membuktikan siapa yang hebat sebaliknya percaya akan rezeki yang ditetapkan Allah SWT.
Adira turut menegaskan bahawa dia menjalankan perniagaan dengan hasil titik peluhnya termasuk mengeluarkan modal dengan wang simpanannya sendiri.
Jangan persoalkan siapa di sebalik bisnes saya. Tiada siapa! Hanya doa aku kepada Allah, kudrat yang aku usahakan serta tulang belakang dan sokongan dari suami dan keluarga aku.
Aku tak pernah sesekali kacau hidup kau, Kau siapa untuk rasa diri bagus? Kau bukan Nabi untuk aku buat rujukan. Jangan perasan dan jangan busuk hati dengan orang. Orang busuk hati Allah tunjuk terus.
Tengok lah sekeliling hidup kau, kebanyakan yang dekat dengan kau, kau nak bergaduh. Semua orang kau nak buat bermasalah. Seolah kau je betul.
Dalam pada itu, Adira mengingatkan individu terbabit agar jangan menguji kesabaran seseorang hanya untuk kepentingan diri sendiri.
Mari datang berdepan dengan aku kalau kau ada masalah. Bukan kau seorang yang penant, aku pun sama. Jadi cukup cukuplah. Aku bukan pesaing kau, kau tak akan jadi aku dan aku tak akan jadi kau.
Perkongsian Adira di IG
Sumber: Instagram Adira Salahudi