berita

‘Kau Tahu Tak Benda Tu Semua Dia Kasi Makan’ – Suami Tanggung Derita 25 Tahun Gara-Gara..

August 25th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Demi memuaskan keinginan sendiri, segelintir individu sanggup menggunakan ilmu hitam tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan tersebut. Malah, mereka sanggup memusnahkan kehidupan orang lain semata-mata mahu memiliki seseorang yang dicintai.

Seperti kisah yang dikongsi individu ini, seorang lelaki sudah 25 tahun menjadi mangsa sihir wanita dari seberang. Selama hidup bersama, wanita tersebut memberi makan benda-benda kotor seperti air kencing dan darah kotor.

25 tahun tak balik rumah

Menasihati orang ramai supaya menjauhi perbuatan khurafat, pengguna Twitter, Amam Ijan berkongsi kisah seorang isteri yang ditinggalkan suami hampir 25 tahun.

Suami, seorang anggota tentera dipindahkan ke Kedah atas urusan kerja. Namun, akhirnya berubah hati dan berkahwin lain.

Apa yang menyedihkan, selepas berkahwin hampir 25 tahun suami langsung tidak pulang ke rumah. Anak-anak turut terkena tempias apabila kehilangan kasih sayang seorang bapa sekelip mata sahaja.

‘Panas! Api! Jangan bakar aku!’

Tidak lama kemudian, si suami terkena serangan strok menyebabkan dia terlantar sakit. Sepanjang tempoh itu, isteri pertama menjaga dengan penuh sabar sehinggalah suami kembali pulih. Selepas pulih, suami terus pulang ke Kedah atas permintaan isteri kedua.

Namun siapa sangka, perbuatan terkutuk isteri kedua akhirnya terbongkar apabila dia pula jatuh sakit. Isteri kedua meracau-racau dan meraung kepanasan seakan dibakar hidup-hidup.

Rupa-rupanya selama 25 tahun berkahwin, isteri kedua telah menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan suami sendiri. Di akhir hidupnya, dia sempat memohon ampun di atas perbuatan keji itu.

Sumber: Amamijan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×