berita

‘Kau Tipu..Aku Berdarah, Aku Boleh Mati, Aku Bukan Maryam!’

November 5th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Kemurungan atau depresi merupakan salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira.

Lebih kritikal apabila penyakit ini boleh menyebabkan pesakit cuba diri atau mencederakan orang sekeliling seperti perkongsian wanita yang ikenali sebagai Amira Nurafiqah di akaun Twitter miliknya.

Kisah pesakit berpurdah

Mendapat lebih 12k retweet, wanita ini berkongsi kisah pesakit wanita berpurdah alami gangguan mental yang sehingga mendengar suara-suara halus.

Sentiasa solat, mengaji

Wanita tersebut cuba berbual dengan ibu Amira dan lalu berkongsi pengalamannya sebagai pesakit mental di mana dia alami gangguan halusinasi. Dia sering mendengar suara halus yang memberitahu dia merupakan ‘Maryam’ seterusnya.

Dia tak percaya kerana dia orang berilmu

Walaupun dia sering alami gangguan begitu, namun dia tidak berputus asa untuk terus berdoa sebagai seorang Muslim. Sehingga ada suatu ketika, dia mencederakan dirinya untuk membuktikan dia berdarah dan dan bukan Maryam yang tidak akan mati. Suara-suara halus sering menganggunya sehingga dia berkahwin dan mempunyai zuriat.

Suami sentiasa sokong

Dalam waktu kehamilan, beberapa kali dia cuba membunuh anaknya kerana suara halus tersebut memberitahu bahawa anak dikandung tersebut adalah Nabi Isa. Dia juga pernah beberapa kali ingin membunuh anaknya untuk membuktikan bahawa anaknya bukan seperti diperkatakan oleh suara halus tersebut.

Bukti dia sentiasa solat dan mengaji

Tambah Amira lagi, wanita itu memberitahu dia sentiasa beramal, solat, mengaji dan membuat tuntutan Islam yang lain. Disebabkan perkongsian tersebut, ibu kepada Amira juga percaya bahawa penyakit mental atau kemurungan melampau ini tidak ada kaitan dengan iman seseorang. Penyakit ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tak kira agama dan bangsa.

Semoga perkongsian Amira boleh membuka mata semua. Sama-sama kita doakan Amira dan pesakit-pesakit lain sentiasa dilindungi serta bebas dari penyakit ini.

Sumber : Amira Nurafiqah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×