Baru-baru ini, penyampai radio, Fizi Ali dilihat pergi bercuti bersama anaknya iaitu Ameena Sofia di Langkawi. Menurut Fizi, percutian tersebut sangat seronok kerana dia dapat meluangkan masa bersama Ameena. Namun siapa sangka, beg mereka telah dicuri ketika berada di jeti pulau berkenaan.
Aku haramkan
Ujar Fizi, individu yang mencuri beg tersebut sangat ‘untung besar’ kerana banyak barang terdapat di dalam beg tersebut.
Kepada yang mencuri beg kami dekat feri tadi memang kau untung besar sebab semua barang yang kami beli dekat Langkawi tadi lesap korang curi! Tapi ingat satu benda. Aku haramkan semua tu. Harap tak bagi la kat anak-anak ya. Takut anak-anak makan makanan haram.
Tambah Fizi, dia berharap si pencuri tidak memberi barang tersebut kepada anak-anak kerana ianya haram. Meskipun terpaksa melalui detik yang sedih, Fizi sempat berkongsi kenangannya sepanjang tahun 2022 dan impian untuk tahun 2023.
Terlampu banyak kenangan tahun 2022 tahun ni! Tahun yang terbaik juga dalam hidup saya. Dapat kehidupan yang makin bahagia dengan orang yang menghargai cinta dan setia. Kerjaya yang sangat saya boleh banggakan. Tak pernah terfikir akan ke tahap sekarang ni. Rasa macam sayang tahun 2022 akan pergi. Terima kasih juga orang yang ada dengan saya untuk tahun 2022.
Jelas Fizi, dia berharap tahun ini akan hadir kebahagiaan buat dirinya dan segala impian dapat dicapai.
Sumber: Fizi Ali