berita

‘Kawan Baik Juga Adalah Musuh Paling Teruk’ – TikTokers Ditemui Mati Dalam Lori

November 15th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Daily Star

Seorang TikTokers terkenal yang dikenali dengan nama Ladydrivah ditemui mati di dalam sebuah lori. Berita kematian tersebut dimaklumkan oleh rakan-rakan mendiang menerusi satu video di TikTok.

TikTokers ditemui mati dalam lori

Foto: Daily Star

Memetik laporan Daily Star, Ladydrivah atau nama sebenarnya Rachelle berusia 30 tahun itu merupakan seorang pemandu lori yang berpangkalan di Florida. Ibu kepada dua anak ini mula dikenali dan memperoleh ramai pengikut di TikTok sejak dia berkongsi pengalamannya sebagai seorang pemandu lori. Bukan itu sahaja, Rachelle juga kerap berkongsi mengenai keselamatan di jalan raya dan sebagainya.

Namun siapa sangka, pada 10 November 2021, bintang terkenal ini ditemui mati di dalam lori yang dipandunya. Tetapi menurut sumber,  beberapa hari sebelum ditemui mati, Rachelle ada mendedahkan bahawa dirinya sedang mengalami kumurungan.

Dedah alami kemurungan

Foto: Daily Star

Malah, sebelum ini mendiang pernah bercadang untuk menutup akaun TikToknya disebabkan kerap menerima kecaman dan kritikan daripada netizen. Pada Ogos lalu, TikTokers terkenal ini meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir netizen yang hanya tahu mengecam tanpa mengetahui perkara sebenar. Pada 20 September pula, Rachelle seakan memberi kata-kata mengenai rakan baik.

Saya berhenti menjelaskan kepada diri saya kerana saya sedar bahawa ramai netizen hanya memahami apa yang mereka mahu sahaja.

Kawan baik anda juga musuh paling teruk dan itu lah orang yang anda lihat di cermin. Itu adalah satu-satunya yang akan membuat atau menghancurkan anda.

Difahamkan, sehingga kini, punca kematian Rachelle masih belum diketahui dan rakan-rakan mendiang belum memberi maklumat terperinci.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×