Foto: Meylisa Zaara
Tidak sampai setahun melangsungkan perkahwinan, rumah tangga pempengaruh dari Indonesia iaitu Meylisa Zaara dilanda badai apabila suaminya, Rizka Khoirul didakwa kantoi menjalinkan hubungan dengan kaum sejenis.
Suami suka kaum sejenis?
Foto: Meylisa bersama suami & skandal suami
Meylisa hanya menyedari mengenai hubungan tersebut selepas dia terbaca mesej mesra antara suaminya dengan lelaki terbabit. Apabila ditanya sejauh mana hubungan mereka, si suami mula bertindak agresif dengan menarik rambut Meylisa dan mencengkam tangan wanita itu sehingga menyebabkan luka.
Selain mesej mesra, Meylisa juga mendakwa pernah berkali-kali menangkap suaminya check-in dengan lelaki itu dan yang terbaharu adalah selepas AidilAdha lalu. Rupa-rupanya, lelaki yang berskandal dengan suami Meylisa merupakan kenalan yang pernah hadir menjadi saksi perkahwinan mereka.
Difahamkan, Meylisa sudah memfailkan tuntutan perceraian namun si suami tidak hadir ke sidang mahkamah. Jelas Meylisa lagi, dia tidak mahu hidup dalam satu hubungan hanya kerana mahu menyembunyikan fitrah songsang suaminya.