Sekadar gambar hiasan
Tak dinafikan, hutang merupakan antara isu sensitif, apatah lagi jika melibatkan orang terdekat. Pada mulanya, pinjam-meminjam dilakukan atas dasar kepercayaan, namun apabila tiba masa untuk membayar, pelbagai alasan diberikan sehingga mencetuskan konflik.
Kalau korang sedang berdepan dengan individu yang liat bayar hutang, jangan risau! Jom kita tengok tips yang dikongsikan oleh peguam ini.
Cara tuntut hutang di mahkamah
@syafiqsb123 Kawan hutang #fyp #law #hutang ? suara asli – Kardyken.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, peguam Syafiq memberitahu bahawa terdapat cara yang boleh dilakukan oleh pemiutang untuk menuntut hak mereka menerusi tindakan undang-undang, jika perlu.
Pertama sekali adalah dengan cara menunjukkan sebarang perbualan bahawa individu terbabit pernah meminta untuk meminjam wang daripada pemiutang.
Selain itu, sekiranya tiada sebarang perjanjian atau ‘hitam putih’, pemiutang perlu memastikan semua pinjaman terdokumentasi dengan jelas termasuk bukti resit transaksi bank atau pemindahan wang.
Akhir sekali pemiutang boleh menggunakan bukti-bukti yang menunjukkan penghutang pernah membayar hutang walaupun dalam kadar yang rendah untuk dikemukakan di mahkamah.
WhatsApp chat dia minta duit
Slip transaksi
Bukti dia ada bayar sikit-dikit
Difahamkan, pemiutang boleh memfailkan tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil (Small Claims Court) sekiranya hutang kurang daripada RM5,000.
Sumber: TikTok Peguam Syafiq