berita

Kawasan Perumahan Bertukar Seperti Resort Di Maldives Setiap Kali Hujan, Penduduk Gesa PBT Ambil Tindakan

June 23rd, 2020 | by Azyan
Isu & Kontroversi

Mana-mana pemilik kediaman pasti menginginkan yang terbaik untuk rumah mereka. Kepercayaan yang tinggi diberikan kepada kontraktor mereka bagi merancang dan membina rumah yang kukuh.

Macam resort dekat Maldives

Namun bagi penduduk Taman Salak Budi, Sepang ini, mereka merasakan seperti dianiaya apabila rumah mereka sering dilanda banjir kilat akibat sistem saliran yang tidak terancang. Di Facebook, seorang penduduk taman berkenaan meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku. Menurut penduduk, pemaju perumahan tersebut seharusnya tampil bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.

“Sedih sebab banjir bukan sebab hujan lebat & berpanjangan..”

Lagi sedih bila bukannya lama pun hujan. Bukan hujan berpanjangan pun. Kejap-kejap je pun dah naik air. Kalau hujan 3,4 hari non-stop tu faham lah risk banjir. Takkan tiap kali hujan nak kena takut kot? Sampai bila?

Menerusi posting itu juga, penduduk meluahkan rasa kesal kerana ini bukan kali pertama ia berlaku. Soal mereka sampai bila penduduk perlu tinggal dalam ketakutan setiap kali hujan turun.

“Aduan sudah banyak kali dibuat tapi..

Apa yang membuatkan para penduduk berang ialah apabila aduan mereka didakwa tidak diendahkan, malah banjir kilat ini terus berlaku setiap kali hujan turun. Lebih membimbangkan, terus satu ban pecah di sungai kampung berdekatan kerana tidak dapat menampung air deras. Ini juga bukan kali pertama ban tersebut pecah.

Sumber: Facebook 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×