berita

Kayuh Basikal Walaupun Tiada Tangan Sebelah, Kegigihan Penghantar Makanan OKU Ini Undang Sebak

January 6th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Bukan semua dilahirkan dalam keadaan sempurna dan sihat. Ada yang terpaksa membanting tulang mencari rezeki walau dalam keadaan yang serba kekurangan. Seperti video dikongsikan gadis ini, seorang penghantar makanan kurang upaya gigih mencari rezeki hanya berbasikal. Sedihnya..

Hantar makanan naik basikal

Boleh nampak kut rider kat situ. Bukan main lagi kau bawa kereta laju laju langgar lecak. Terpercik air lecah kat muka dia, baju dia semua. Dia tenung kereta itu terus geleng bawa keluar tisu lap lecak itu.

Gadis ini berang dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu kereta yang tidak peka dengan keadaan sekeliling yang melanggar lopak air. Video berdurasi kurang satu minit itu menyaksikan seorang penghantar makanan kurang upaya berhenti di lampu isyarat sambil membersihkan kesan percikan air di bajunya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan Setapak. Rata-rata simpati dengan nasib menimpa orang kurang upaya itu dan berharap agar seseorang boleh membantunya.

Tangan sebelah tiada tulang

Menurut rakan gadis ini, penghantar makanan itu cacat di bahagian tangannya yang tidak mempunyai tulang. Namun, kekurangan itu bukanlah penghalang baginya untuk mencari rezeki. Malah rakan gadis ini turut memberitahu lelaki ini sering memberi salam kepada orang sekelilingnya. Baik sungguh hati.

Semoga dimurahkan rezeki

Sumber : Yaya

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×