Penyanyi dan pelakon, Achong Sweetchild memberitahu aktor Kazar Saisi kini berada dalam keadaan runsing dan sedih susulan kontroversi melanda rumah tangga anaknya, Ira Kazar.
Artikel Berkaitan: ‘Allah Tahu Yang Terbaik’ – Kazar Saisi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusof Haslam Jawab Dakwaan ‘Tepuk Tangan’ Dengar Berita Perceraian Syamsul, Doakan Yang Terbaik Buat Semua Pihak
Kazar bersedih
Achong, 50, yang mengakui akrab dengan Kazar berkata, aktor senior itu bagaimanapun reda dengan ujian melanda rumah tangga Ira dan suami, Syamsul Yusof yang kini di ambang perpisahan.
Saya dan isteri boleh dikatakan rapat dengan Kazar, saya memanggilnya ayah dan keluarganya juga sudah kami anggap seperti keluarga sendiri. Malah, kami juga mengenali anak-anaknya daripada kecil.
Kalau ditanya keadaan terkini Kazar, bagi saya macam itulah dia. Tak dinafikan kami ini tempat dia mengadu dan bercerita, tetapi kami hormati dia untuk tidak menceritakan hal peribadinya kepada orang ramai.
Apa yang boleh saya katakan, tentu sebagai seorang ayah, dia runsing dan sedih dengan apa yang terjadi. Tetapi, dia ada katakan kepada kami bahawa dia reda dengan segalanya dan tak mahu ulas secara terbuka.
Berkongsi lebih lanjut, Achong berkata, dia sudah dipesan oleh Kazar untuk tidak memberikan respons kepada wargamaya supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh.
Macam saya katakan, kami dah macam keluarga. Jadi jika ada orang mengutuk kekuarganya, kami juga akan terasa. Tetapi ayah pesan, jangan respons, jangan layan kata-kata orang.
Baginya, biarlah dia yang kena, keluarganya yang kena. Saya sendiri sedih tengok dia jika dia sedang bersedih. Ada ketika, dia mengadu kepada kami, saya yang mendengarnya pun bergenang air mata.
Dia pesan saya jangan bersedih dengannya. Saya pun peluk dan dan pesan jangan banyak fikir.
Keluarga penguat Kazar
Melanjutkan bicara, Achong berkata, dia yakin antara penguat semangat Kazar dalam mengharungi ujian ini adalah keberadaan cucu-cucu dan keluarganya.
Cucu dia ada sembilan orang semuanya. Dia rajin melayan mereka dan saya percaya, merekalah penguat semangatnya. Mengenali Kazar, ayah merupakan seorang yang ‘happy go lucky’.
Tetapi bila dilanda ujian begini, sudah tentulah dia pun runsing dan banyak berfikir. Dia sedih tetapi reda.
Isnin lalu, Syamsul menggejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada kesefahaman.
Imbas kembai, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.