Pelawak terkenal, Azlee Jaafar berkongsi mengenai keadaan kesihatannya selepas menjalani prosedur peletakan sten di Institut Jantung Negara (IJN) pada 6 Jun tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azlee Cemburu Yassin Dapat Berpuasa Di Tempat Lebih Baik – ‘Dia Sihat, Mungkin Ada Berita Gembira Nanti’
Belanja Rm2,500 sebulan untuk ubat
Ketika ditemui OhBulan!, Azlee yang merupakan ahli kumpulan Senario berkata, dia kini berada dalam keadaan yang baik dan sedang giat bekerja bagi menampung kos perubatan yang perlu diambilnya pada setiap bulan.
Ujar Azlee, dia perlu berbelanja sebanyak RM2,500 sebulan untuk membeli segala perubatan yang diperlukannya.
Selepas buat prosedur peletakan sten tahun lalu, ada perubahan dan bolehlah juga saya ikut buat ‘show’ dan sebagainya.
Cuma doktor pesan kalau boleh jangan putus makan ubat. Masalahnya bukan tak nak makan ubat malah saya ini setiap bulan ada ‘medical check up’.
Yang tak boleh tahan di mana saya perlu berbelanja RM2,500 sebulan untuk beli ubat.
Ubat cair darah, jantung, kolestrol, kencing manis dan segala jenis ubat. Saya kena makan 15 jenis ubat.
Azlee berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Bazaar Raya Shah Alam X Azlee Senario yang diadakan di Kelab Shah Alam pada Selasa.
Kesihatan semakin baik
Tambah pelakon filem ‘Senario Lang Buana’ itu lagi, tahap kesihatannya juga meningkat selepas mengikut nasihat daripada doktor.
Alhamdulillah saya rasakan ada perubahan bila konsisten makan ubat.
Baru-baru ini juga pihak IJN ada telefon bertanyakan khabar saya.
Berkongsi lanjut, Azlee memaklumkan dia sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan dan rezeki untuk bekerja bagi menampung kos perubatan yang perlu dibiayainya.
Setiap kali saya solat saya akan minta pada Allah supaya diberikan rezeki untuk beli ubat.
Memang betul bila dah sampai ajal tak boleh buat apa tetapi kita cubalah berusaha.
Terdahulu, Azlee ke klinik berdekatan rumahnya selepas sukar bernafas, sebelum dinasihatkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB).
HSB membawa Azlee ke IJN untuk menerima rawatan lanjut, sebelum menjalani pembedahan dan prosedur meletakkan sten pada hari sama.