Penyanyi dangdut, Sheeda akui masih terkesan dengan pemergiaan anak perempuannya iaitu Allahyarham Nurfazlinda Ahmad Fazli yang meninggal dunia dipercayai akibat kanser hati, pada Khamis lalu.
Artikel Berkaitan: Ma, Ma Malu Kokre La…
Masih terkesan
Menerusi hantaran di Instagram, Sheeda meluahkan rasa rindu dan berkata kehidupannya kini terasa sangat sunyi disebabkan arwah sentiasa berada di sampingnya ketika masih hidup.
Hari ketiga (Ahad) pemergiaan Alin, mama masih tak stabil lagi, mama sangat-sangat rindu Alin. Mama rasa sunyi sangat tanpa Alin tapi mama kena cuba tenangkan diri mama.
Kita selalu berdua dalam rumah, pergi mana buat apa. Sekarang mama tinggal sorang-sorang. Apa mama nak buat seorang, tapi mama dah janji dekat Alin mama tak akan sedih.
Ada kak Bienda, abang Hafis dan Aiman yang akan ada bersama mama sesekali.
Pada perkongsian yang sama, Sheeda berkata dia reda dengan pemergiaan anaknya dan mendoakan agar Allah sentiasa menjaga arwah.
Mama mampu doa, tahlil untuk melindungi Alin di sana (akhirat). Mama berharap Allah menjaga Alin lebih dari mama. Janji mama, nak jumpa Alin nanti tau.
Sayang Alin mama sampai jannah, ingatan mama ini setiap hari sedih bila tengok Alin sakit atas dunia. Sekarang dah berakhir. Itu yang buat mama kuat untuk lepaskan Alin pergi. Tolong doakan Nurfazlinda Ahmad Fazli. Al-Fatihah.
Terdahulu, arwah yang juga adik kepada penyanyi Bienda itu meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 pagi Khamis dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak.
Sumber: Instagram