berita

Makan Pisang Boleh Kurangkan Stress, Tambah Tenaga

December 19th, 2018 | by Shafika
Kesihatan & Hidup Aktif

Pisang merupakan sejenis buah-buahan yang enak dimakan sama ada begitu saja atau bersama pencuci mulut yang lain. rasanya yang manis dan mudah didapati dimana sahaja, menjadikan pisang sejenis buah yang menjadi kegemaran ramai.

Namun, ramai yang tidak mengetahui khasiat sebenar di sebalik buah yang berwarna kuning ini. Seorang doktor, Dr. Zubaidi Hj Ahmad berkongsi kebaikan dan keburukan memakan pisang menerusi Facebook miliknya.

Banyak manfaat

JANGAN TAKUT MAKAN PISANG

Pisang merupakan buah yang menjadi kegemaran penduduk Malaysia. Ia mudah didapati di semua tempat pada harga yang berpatutan. Pisang sering digunakan sebagai pencuci mulut. Rasanya yang manis menjadi kegemaran ramai. Ia enak dimakan begitu saja.

Banyak manfaat yang kita boleh perolehi dengan memakan pisang.

Bagi wanita yang hamil, mengambil pisang sebagai sebahagian makanan dapat membantu tumbesaran janin. Pisang kaya dengan mineral potassium dan asid folat. Ia juga kaya dengan vitamin C, vitamin B Kompleks, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.

Bagi individu yang aktif bersukan dan melakukan kerja berat, pisang adalah sumber tenaga yang banyak dan cepat. Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal.

Bagi mereka yang mempunyai penyakit diabetis dan masalah ginjal, berhati-hati ketika mengambil pisang. Jangan berlebihan kerana ia mungkin memudaratkan. Pisang kaya dengan potassium ( boleh mencapai 400mg dalam pisang yang bersaiz sederhana). Pesakit diabetes, pesakit ginjal dan pesakit jantung yang terlalu banyak pisang boleh menyebabkan tahap gula menjadi tinggi, tahap potasium melebihi tahap normal dan mengganggu degupan jantung.

Cukuplah ambil pisang dua biji sehari

Bagi mereka yang sihat, cukuplah sekadar mengambil dua biji pisang sehari.

Jika diambil dalam kuantiti yang sederhana, ia membantu:

1. Menambahkan tenaga terutama bagi mereka yang ingin mengamalkan Intermitten Fasting atau bersahur/berbuka apabila berpuasa syarie.

2. Oleh kerana ia banyak serat, ia menyebabkan kita mudah kenyang dan lambat lapar. Jadi dapat membantu kita mengurangkan berat badan.

3. Mengurangkan rasa senggugut. Pisang juga dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit senggugut apabila mineral potassium membantu merehat kontrasi otot-otot rahem.

4. Oleh kerana banyak fiber, mengambil pisang setiap hari dalam kuantiti yang sederhana dapat membantu mengatasi masalah sembelit.

5. Pisang juga dikatakan dapat meningkatkan mood, dan mengurangkan tekanan.

Saya suka membuat memakan yogurt farmfresh yang dicampurkan dengan pisang. Semasa dikisarkan dalam mesin, saya campurkan sesudu kecil minyak zaitun OLIVIE Plus 30. Ia benar-benar memberikan tenaga.

Saya ambil ketika brunch atau ketika berbuka puasa. Minum air secukupnya.

#generasifarmfresh
#oliviedrzubaidi

Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×