berita

Kebakaran Hutan Australia, 2 Ribu Kilogram Lobak & Kentang Dijatuhkan Dari Helikopter Untuk Hidupan Liar Kelaparan

January 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Berita kebakaran hutan yang berlaku di Australia telah menggemparkan penduduk tempatan dan juga seluruh dunia. Berikutan dengan kejadian itu, ribuan haiwan pelbagai spesies telah terperangkap di tengah hutan sehingga ada juga yang telah mati akibat tercedera.

Oleh itu, Kerajaan New South Wales (NSW) telah menggunakan kapal terbang sebagai satu alternatif untuk memberi makan kepada haiwan yang terperangkap itu.

‘Pelanggan’ seronok dapat makan

Menerusi laporan Daily Mail, Taman Negara NSW telah menghabiskan hampir seminggu untuk mengagihkan makanan dengan menurunkan beribu-ribu kilogram lobak merah dan ubi jalar sebagai sumber makanan buat haiwan-haiwan di situ terutamanya di kawasan Lembah Capertree dan Wolgan, Taman Negara Yengo, Lembah Kangaroo, dan sekitar Jenolan, Oxley Wild Rivers dan Taman Negara Curracubundi.

Pengagihan makanan

Sementara itu, menurut Menteri Alam Sekitar NSW, Matt Kean berkata walaupun kebanyakan haiwan-haiwan di situ telah berjaya melarikan diri daripada kebakaran yang berlaku tetapi malangnya mereka tidak ditinggalkan dengan bekalan makanan. Dana Hidupan Liar Dunia mengganggarkan kira-kira 1.5bilion telah mati akibat kebakaran yang berlaku di keseluruhan kawasan di Australia.

Terperangkap

Susulan daripada kejadian itu, Animals Australia telah menggunakan pesawat untuk mengangkut bekalan makanan untuk hidupan liar yang tercedera dan terbakar di wilayah Victoria. Kumpulan ini juga telah mengedarkan makanan kepada kepada arnab, kanggaru dan hidupan liar yang lain.

Menurut jurucakap Animals Australia, Lyn White berkata pasukannya akan bekerja keras dan berusaha untuk memastikan hidupan liar yang terperangkap itu dapat diselamatkan daripada kebakaran itu dan tidak mati akibat kelaparan.

Sumber: Daily Mail, Matt Kean, Animals Australia

SKIP THIS AD ×