Menerusi temu bual bersama pihak Melodi baru-baru ini, pelakon, Shahz Jaszle memberitahu statusnya yang sudah berumah tangga dan lebih memilih privasi dalam kehidupan merupakan faktor perjalanan kariernya dilihat menyepi ketika namanya sedang berada di puncak.
Kehidupan dah berubah
Sebenarnya sebab saya dah berumah tangga, anak pun dah dua. Saya lay low lah, life pun berubah. Basically, saya lebih kepada family, more to private life. Berlakon tetap macam biasa tapi more to private life, tak lepak luar, no more social life. Sekarang tengah buat comeback, dari segi shooting, alhamdulillah, dan saya juga ke arah perniagaan.
Menurut Shahz, dia tidak berminat untuk mencipta sebarang kontroversi, malah tidak pernah lari daripada media dalam memberikan sebarang penjelasan.
Buat masa ini, tiada kontroversi. Alhamdulillah. Sekarang semuanya isteri saya yang uruskan. Orang cakap lebih secure lah. Untuk saya, malaslah nak kontroversi ni dan kontroversi dulu pun bukan saya yang buat, orang lain yang buat untuk saya. Buat apa saya nak selindung dan lari, kalau benda Itu tiada apa pun. Insya-Allah semuanya akan baik.
Shahz atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin berkata, isterinya, Hanis Husna tidak cemburu sekiranya dia bergandingan dengan mana-mana pelakon wanita. Tambah Shahz, Hanis seorang yang sangat memahami.
Tak rasa cemburu
Saya tak rasa risau, kebanyakan pasangan gandingan saya isteri saya kenal, kami memang kawan, bila keluar, lepak sekali pun tiada masalah. Alhamdulillah, isteri saya tak cemburu, satu perkara yang perlu tahu, nak jaga perhubungan itu adalah dengan tidak berselindung mesej atau selindung kata kunci. Isteri saya ada kata kunci telefon saya, jadi benda itu tiada nak sorok.
Ada juga orang bertanya isteri saya tak cemburukah kalau saya bergambar bersama peminat, isteri saya tak kisah tentang itu, alhamdulillah dapat seorang isteri yang sangat memahami. Dia tak mengongkong langsung sebab dia suruh saya cari duit lagi ada lah.
Ujar Hanis pula, perasaan cemburu itu tidak pernah timbul kerana dia menganggap suaminya hanya bekerja.
Bagi saya, mereka hanya berlakon, saya tak cemburu, apa yang Shahz buat semua saya tahu. Saya tahu dia bekerja. Tak perlu sebab dia mencari rezeki untuk keluarga, kalau saya cemburu, macam mana Shahz nak bekerja kan. Saya percaya pada dia, semua dan apa yang dia buat dia beritahu saya.
Sumber: Melodi