berita

Kebebasan Bersuara Tidak Sepatutnya Disekat – Surat Terbuka Syed Saddiq Kepada TMJ

June 9th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

surat terbuka syed saddiq utk tmj

Baru-baru seorang pemuda dari Kelantan telah dijatuhkan hukuman penjara setahun selepas didakwa mengeluarkan komen berbentuk jelik dalam laman sosial Facebook atas nama ‘Miyo Castello’ antara Mac hingga April dengan niat untuk menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Melalui laman facebook,Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq membuat surat terbuka kepada Tunku Ismail berhubung perkara ini. Eh kenapa pulak ni?

Kami bangga dengan kemuliaan hati Tunku yang tidak cepat melatah dengan sindiran dan ejekan

tmj

SURAT TERBUAKA- DYAM TMJ,

1. Patik cerap dengan prinsip Tunku yang memperjuangkan kebebasan bersuara. Tunku telah buktikan berkali-kali kepada kami sekalian rakyat bahawa kebebasan bersuara itu bukan hak milik mutlak golongan atasan semata-mata.

Patik sangat menghormati Tunku atas segalanya yang telah Tunku lakukan dan perjuangkan demi rakyat bumi ini. Terutama sekali kelantangan Tunku bersuara bagi pihak kami menentang ketidakadilan.

2. Patik juga sedar bahawa Tunku telah pun meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan Pihak Polis berkenaan isu ini. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku berkenaan isu ini amat bermakna bagi patik-patik sekalian terutama sekali rakyat Johor.

Dengan bangganya kami mampu pertahankan kemuliaan hati Tunku yang tidak cepat melatah dengan sindiran dan ejekan di media sosial.

Dengan bangganya kami mampu mencontohi Tunku di media sosial dan tidak cepat meradang dengan kutukan yang dilemparkan ke atas kerabat diraja kami.

Dengan bangganya kami mampu menjadi lebih matang selari dengan peredaran zaman.

Mohon Tunku maafkan Muhammad Amirul supaya menjadi contoh kepada pemimpin Malaysia

padah hina tmj

3. Terbaru Muhammad Ismail dikenakan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah sesyen selepas pengakuan beliau yang diadakan tanpa pembelaan peguam.

Patik tidak menafikan bahawa tindakan Muhammad Amirul bukanlah satu tindakan yang wajar. Sendaannya mungkin melampaui batas. Namun, kebebasan bersuara tidak sepatutnya disekat hanya kerana ianya dianggap “menyakitkan hati”.

4. Sebagai bangsa Johor,

Patik pohon perkenan Tunku untuk memaafkan Muhammad Amirul dan melakukan segala apa yang terdaya untuk menjamin kebebasannya. Sebagai contohnya memberi ampun atau melobi menentang Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Media #AktaSakitHati.

Patik pohon perkenan Tunku untuk buktikan kepada Malaysia sekali lagi bahawa Tunku ialah seorang pemimpin yang laksanakan apa yang dikatakan.

Patik pohon perkenan Tunku untuk sekali lagi menjadi contoh kepada pemimpin-pemimpin Malaysia by being the bigger and better person.

5. Tunku telah menyelamatkan ramai rakyat Malaysia dengan bersuara lantang menentang korupsi.
Dengan penuh rasa rendah diri, patik pohon, tolonglah selamatkan seorang lagi anak muda.

-Syed Saddiq-

sumber : Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×