berita

‘Kebenaran Berpihak Kepada Saya’ – Tunjuk Perbualan Dengan Ustaz, Joy Revfa Bukti Diri Teraniaya?

October 10th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Hari ini kecoh di media sosial apabila Joy Revfa memuat naik status perkahwinannya di laman Facebook. Dia meluahkan rasa syukur apabila kemenangan berpihak kepadanya. Walau bagaimanapun, Hafiz Hamidun menafikan apa yang diperkatakan oleh Joy Revfa.

Artikel Berkaitan : Cerai Hari Ini, Kenapa Nak Cakap Perkahwinan Kami Sah? – Hafiz Hamidun

Terbaru, menerusi status Joy Revfa di Facebook dia menunjukkan bukti perbualan bersama ustaz JAIP. Adakah ini bukti Joy Revfa yang betul dalam hal ini?

Allah dengar doa orang teraniaya

Kata2 sokongan dr Ustaz Mohd Sujak dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yg meluluskan pernikahan pd 1 Mei 2017 lalu. Ustaz ini juga terheret sama & dipersalahkan oleh individu tersebut dlm isu ini.. Kesian pihak Ustaz JAIS yg dicabar & dipersalahkan sdgkan ustaz ni lah yg permudahkan urusan pernikahan & meluluskan kami menikah hari tu.

Allahuakbar, mereka dh jalankan tugas dgn sebaiknya namun tetap dipersalahkan juga atas kepentingan diri individu itu. Sungguh, Allah swt dengar doa-doa kami yg tidak bsalah & teraniaya ni..

Menerusi perkongsian pihak Joy Revfa, dia meluahkan kekesalan apabila ada pihak yang menyalahkan Ustaz JAIS atas isu pernikahan mereka. Bukti perbualan di whatsapp turut dimuat naik Joy. Adakah individu yang dimaksudkan itu Hafiz Hamidun?

Allah sentiasa bersama orang sabar

 

Terdahulu, Hafiz Hamidun mengaku bahawa kes mahkamah antara dia dan Joy Revfa masih belum selesai. Dia berharap tiada sebarang spekulasi yang timbul. Semoga hal ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber : Siti Arifah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×