Tarikh 26 Mac 2021 sempena pagi Jumaat menjadi hari bersejarah terpatrinya sebuah ikatan cinta dan pernikahan antara pasangan penyanyi popular iaitu Ernie Zakri dan Syamel. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan mereka pada 15 Ogos tahun lalu.
Artikel berkaitan: ‘Doakan Kami Kuat’ – Ernie Zakri, Syamel Bakal Naik Pelamin Awal Tahun Depan
Artikel berkaitan: ‘Doakan Majlis Berjalan Lancar’ – Ernie Zakri, Syamel Bakal Bernikah Esok
Penyanyi lagu Aku Cinta ini telah sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Puncak Alam Selangor. Majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Sekali lafaz
Majlis pernikahan pasangan Ernie Zakri dan Syamel telah diadakan dengan sederhana dengan kehadiran keluarga dan saudara mara sahaja. Pasangan ini kelihatan mengenakan busana pernikahan berwarna putih tampil anggun dan manis.
Nur Ernie Shahirah Zakri menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian dan dengan sekali lafaz sah bergelar isteri di samping seorang suami bernama Syameel Aqmal Bin Mohd Fodzly.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan mematuhi SOP ditetapkan. Terima kasih atas doa semua dan sokongan diberikan kepada saya dan suami. Doakan semoga fasa baharu dalam kehidupan kami ini juga dipermudahkan
Syamel menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak Ernie Zakri. Selain itu, Syamel turut menghadiahkan seutas gelang tangan manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Malam berinai
Kredit foto: Sweet Pictures KL
Kredit foto: Sweet Pictures KL
Kredit foto: Sweet Pictures KL
Kredit foto: Sweet Pictures KL
Persiapan Syamel
View this post on Instagram
Dapat disaksikan Syamel mengenakan pakaian sut Baju Melayu berwarna putih dan samping rona putih krim dengan sulaman warna biru dan merah jambu. Pakaian nikah Baju Melayu yang dikenakan Syamel itu telah direka khas oleh pereka fesyen Shanell Harun.