Pelakon Puteri Balqis mengambil pujian diberikan netizen dengan hati terbuka apabila ada yang menyamakan wajahnya dengan selebriti antarabangsa, Megan Fox.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terpesona Tengok Penampilan Puteri Balqis, Cantik Macam Megan Fox – ‘Vibe Dia Mahal, So Hot!’
Artikel Berkaitan: Fazura Titip Kata Semangat Buat Puteri Balqis – ‘Percaya Allah Sentiasa Melihat & Mendengar’
Perbandingan yang baik
Menganggap itu satu perbandingan yang baik, Balqis, 18, berkata, meskipun dipuji melambung namun dia tetap tidak yakin dengan kecantikan yang dimiliki.
Saya tidak tahulah macam mana orang samakan dengan Megan Fox, apa yang saya nampak adalah muka orang Melayu.
Tetapi apa pun, itu satu perbandingan yang baik. Jika orang puji saya hanya meluahkan rasa syukur. Tetapi walaupun orang puji, saya tetap tiada keyakinan.
Ada satu kata-kata yang terngiang dalam kepala saya, ‘jika dunia tanpa mata, adakah kita masih mampu melihat sesuatu yang cantik?’
Balqis berkata demikian ketika ditemui di sesi penggambaran sebuah drama arahan Erma Fatima yang berlangsung di Seri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Definisi cantik
Disoal mengenai apakah definisi cantik, Balqis menjawab kecantikan disifatkan sebagai sesuatu yang indah.
Kecantikan boleh ditafsir dalam banyak cara. Definisi cantik pada saya adalah indah. Mungkin saya rasa wajah saya cantik kerana setiap kali tengok muka sendiri akan terbayang wajah ibu.
Tetapi adakala timbul juga rasa ‘insecure’ tengok hidung sendiri, orang cakap cantik macam mana pun saya tetap rasa diri ini kerdil.
Selain Balqis, drama yang bakal ditayangkan di slot Ramadan Raya TV3 itu turut menampilkan Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Muaz Zabir, Amir Ahnaf dan ramai lagi.