berita

Kecewa Dikhianati 3 Lelaki, Pelakon Dedah Pernah Cuba Bunuh 2 Anak Autisme – ‘Mereka Perlu Mati Dahulu’

March 18th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Aktres terkenal Filipina, Hasna Cabral yang hidup dipenuhi episod hitam, serta menggalas tanggungjawab berat menjaga 2 anak autisme mendedahkan pernah bertindak meletakkan racun haiwan di dalam makanan kedua-dua anaknya itu.

Tertekan rumah tangga hancur 3 kali

Hasna pada umur 20 tahun ditinggalkan teman lelakinya seminggu selepas melahirkan anak sulung, Basha atas masalah kewangan. Pernah ‘diracun’ untuk menggugurkan anak pertamanya itu ketika masih dalam kandungan, namun Hasna tetap nekad untuk melahirkan, dan menjaga anak tersebut.

Walaupun kecewa, Hasna tidak berputus asa untuk bercinta lagi dan bertemu dengan teman lelaki kedua di tempat kerja yang berjanji untuk menjaga dua beranak itu seikhlas hati. Namun ketika Hasna berusia 24 tahun dan melahirkan anak kedua, Baste, hubungan mereka dihancurkan pihak ketiga.

Kemudian, Hasna bertemu dengan lelaki ketiga yang serius dan mengajaknya berkahwin, dan sanggup membiayai 3 beranak itu, selain menawarkan Hasna berhenti berkerja dan hanya menjadi suri rumah. Sayang sekali, lelaki ketiga juga pergi selepas menyedari tiada rasa sayang, dan hanya menganggap Hasna sebagai perhiasan.

Anggap hidup tidak adil

Foto: Instagram Hasna Cabral

Dalam satu rancangan temubual Filipina, Toni Talks, Hasna berkongsikan bahawa dia pernah merasakan hidupnya penuh dengan nasib malang. Hasna berkata, dia tidak pernah berbuat jahat kepada orang lain, namun sentiasa ditakdirkan untuk menghadapi pelbagai cabaran besar.

Kerana tertekan, dia pernah merancang untuk membunuh anak-anak istimewa itu, kemudian mengambil nyawa sendiri. Menurutnya, dia tidak lagi mampu untuk meneruskan kehidupan, namun tidak mahu membebankan keluarga untuk menjaga kedua-dua anaknya itu.

Anak-anak saya perlu pergi sebelum saya, saya tak boleh tinggalkan mereka kepada keluarga saya. Saya sendiri tidak mampu menjaga mereka, apatah lagi keluarga saya. Jadi, kami perlu lesap sebagai satu keluarga. Mereka perlu mati dahulu, kemudian giliran saya.

Hasna kemudian meletakkan racun haiwan ke dalam sarapan pagi Basha dan Baste. Namun, tidak sempat dia meneruskan dengan rancangan tersebut, terdetik dalam hati sesuatu yang mengubah fikirannya.

Saya berjalan ke bilik anak-anak saya pagi itu. Saya terlanggar almari buku Basha, dan terjatuh buku Matematik.

Basha pernah merayu untuk berhenti mengajarnya Matematik kerana ianya satu ‘penyiksaan’ dan dia bukanlah anak yang jahat. Saya memberitahunya bahawa ianya pelajaran yang penting dalam hidup.

Kemudian terdetik bahawa kalau saya harungi cabaran hidup ini, saya akan menjadi individu yang lebih baik. Tuhan tak pernah berlaku tidak adil.

Sumber: Tiktok, Tassco

SKIP THIS AD ×