berita

Kecewa Ditinggalkan Boyfriend, Gadis Tekad Buat Pembedahan Plastik.. Hasilnya Memang Wow!

November 19th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Memiliki raut wajah yang cantik menjadi idaman para gadis untuk kelihatan lebih yakin di khalayak ramai. Tambahan pula, kecanggihan teknologi perubatan turut membantu mereka dalam merealisasikan hasrat tersebut. Di Vietnam, seorang gadis tular selepas melakukan pembedahan plastik di bahagian mukanya.

Pembedahan tersebut telah memberikan kesan yang ‘drastik’ dan berjaya menarik tumpuan ramai orang.

Dikecewakan teman lelaki

Foto: Oddity Central

Menerusi laporan Oddity Centralgadis yang dikenali sebagai Nguyen Tuong Vy, 21 tahun, tekad untuk membuat pembedahan plastik setelah ditinggalkan oleh teman lelakinya, disebabkan raut wajahnya yang ‘kurang’ cantik. Pembedahan plastik yang dilakukan olehnya, secara tidak langsung membuatkan wajahnya bertukar menjadi lebih cantik.

Tidak berakhir di situ, kisah dan gambarnya setelah selesai menjalani pembedahan turut tular di media sosial, dan meraih perhatian netizen. Sebelum melakukan pembedahan tersebut, Nguyen menceritakan dia sudah meminta izin ibunya terlebih dahulu.

Saya berterus-terang dengan ibu mengenai keinginan melakukan pembedahan pada wajah kerana tiada keyakinan diri disebabkan penampilan.

Ibunya langsung tidak membantah dengan hasratnya, malahan ibunya sendiri yang membayar segala kos keseluruhan pembedahan tersebut.

Dikutuk tidak sepadan

Sebelum ini, Nguyen pernah bercinta dengan seorang lelaki kacak. Teman lelakinya pernah membawa Nguyen ke satu majlis bagi memperkenalkan Nguyen kepada rakan-rakannya. Namun, pasangan ini dikutuk oleh rakan-rakan teman lelakinya dan beranggapan mereka berdua tidak sepadan.

Akhirnya, teman lelakinya mengambil keputusan untuk meninggalkannya selepas majlis tersebut. Selepas insiden tersebut, dia terserempak dengan bekas teman lelakinya dengan seorang wanita cantik. Hal ini jelas menunjukkan bekas teman lelakinya hanya mahu berdamping dengan wanita cantik sahaja.

Dia beri motivasi untuk saya berubah dan memperbaiki diri.

Nguyen menjelaskan tindakan bekas teman lelakinya itu, secara tidak langsung memberikan semangat untuk memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik. Dia aktif membuat pembedahan plastik sejak berumur 19 tahun di beberapa bahagian muka termasuk hidung, pipi, dagu, dan beberapa bahagian lain.

Sumber: Oddity Central

SKIP THIS AD ×