Guru ibarat lilin yang membakar diri, begitulah mulianya pekerjaan seorang guru sehingga diumpakan seperti sebatang lilin yang menerangi orang lain. Pengorbanan mereka dalam mendidik pelajar mungkin tidak dapat dibalas dengan wang ringgit namun cukup apabila kita menghargai dengan membuktikan mampu berjaya.
Seperti perkongsian lelaki ini yang melihat bagaimana sikap ikhlas dan semangat ayahnya sehingga ke hujung perkhidmatannya sebagai seorang guru. Justeru itu, kita seharusnya hargai pengorbanan mereka bukannya menghina kerjaya seorang guru.
Ayah minta tolong baiki komputer
(sekadar gambar hiasan)
Ini ayah saya. Dia adalah seorang guru, akan bersara dalam masa 6-7 bulan. Suatu hari dalam tempoh PKP ini, dia facetime dan meminta saya untuk memeriksa beberapa masalah hardware dari komputer riba dari jauh. Saya dapat rasakan hardware itu sudah rosak sepenuhnya kerana komputer ribanya sudah cukup tua dan selayaknya ditempatkan di muzium. Kemudian, dia meminjam komputer riba kakak saya dan meminta saya memasang beberapa perisian dari jauh.
Barulah saya sedar bahawa dia sebenarnya melakukan ini untuk untuk pelajarnya. Saya sengaja mahu mengujinya dengan bertanyakan kenapa gigih usaha sedangkan dia akan bersara tak lama lagi. Tunjuk muka sahaja pun dah okay kan? Dia tidak pernah menjawab saya dan terus mendesak saya membantunya dalam membaik pulih komputer itu,
Menurut lelaki ini, ayahnya yang merupakan seorang guru membuat panggilan video bertanyakan mengenai sebuah komputer riba. Komputer riba itu dilihat sudah uzur jika dilihat dari jauh, namun ayahnya bertegas meminta dia untuk membaiki komputer tersebut. Selepas diperiksa barulah lelaki ini sedar komputer tersebut milik sekolah dan digunakan untuk mengajar murid-murid di sekolah.
Bangga jika pelajar berjaya
(sekadar gambar hiasan)
Pagi ini, kakak saya menghantar foto ini kepada saya dan sejujurnya saya berasa malu dengan apa yang telah saya katakan. Sebagai orang tua (ya, saya mengusik ayah saya lagi) yang tidak tahu apa-apa tentang IT, dia melakukan apa sahaja yang boleh dia ajar, membantu dan membimbing pelajarnya dalam tempoh yang sukar ini.
Saya ingat dia pernah memberitahu saya, dia tidak peduli berapa ramai pelajar yang memberi perhatian di kelasnya. Tetapi jika ada di antara mereka yang berjaya dalam peperiksaan atau kehidupan, dia cukup bahagia. Ayah saya mungkin bukan guru terbaik di dunia, tetapi saya yakin dia adalah salah seorang guru yang baik seperti mana dia menjadi ayah yang baik untuk saya dan keluarga. Saya bangga dengan dedikasi dan semangatnya.
Akhir sekali, lelaki ini memberi teguran buat orang ramai untuk berfikir sebelum menghina tugas seorang guru. Baginya tiada istilah guru makan ‘gaji buta’ dalam tempoh PKP kerana pekerjaan begini sangat mulia dan memerlukan pengorbanan yang tinggi seperti ayahnya.
Sumber : Wee Cher Wei